Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 11, 2018 @ 9:00am

5 Kesilapan Memasak Lazim Yang Menjadikan Makanan “Sihat” Anda Hilang Khasiatnya

Orang kata, kalau nak kuruskan badan, kita kena masak sendiri makanan kita di rumah.

Kalau menjamu selera di luar, tak gerenti makanan kita itu bersih, kurang garam atau gula mahupun minyak.

Betul! Bila kita masak sendiri, kita boleh tentukan sendiri kandungan protein, karbohidrat atau lemak yang kita mahukan di dalam diet kita.

Tapi, walaupun anda gunakan ramuan yang berkhasiat, tak efektif juga niat kita nak berdiet kalau cara memasak anda tak betul.

Ada 5 jenis kesilapan yang kita sering lakukan ketika memasak sampai makanan berkhasiat kita langsung jadi tak berkhasiat. Jom ketahui apa dia supaya lain kali kita boleh elakkannya.

1. Anda menggunakan terlalu banyak garam

Foto: Giphy

Tak ada siapa suka makanan tawar. Kalau anda tak biasa masak, anda mesti terus capai garam untuk sedapkannya.

Walaupun ia merupakan suatu ramuan yang biasa digunakan, kadangkala kita terlebih pakai. Ingat, kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan darah tinggi.

Daripada menggunakan garam, apa kata anda guna herba atau rempah-ratus? Ia juga boleh memberi rasa kepada masakan anda. Ia juga berasaskan tumbuhan, jadi gerenti ia lebih menyihatkan.

2. Anda hanya menggunakan ramuan yang dilabel “rendah lemak”

Foto: milkandeggs.com

Mesti anda ingat ramuan rendah lemak ialah bagus, tapi tak semuanya begitu. Pakar nutrisi sudah mengesahkan yang ada pelbagai lemak sihat yang boleh berikan manfaat kepada badan anda, seperti lemak dalam avocado dan ikan.

Lemak sihat boleh bekalkan tenaga, lindungi organ anda serta membantu anda untuk menyerap vitamin A, D, E dan K. Jadi pilih betul-betul.

3. Anda terlebih masak sayuran anda

Foto: www.madeinmelskitchen.com

Jika anda biarkan sayur-sayuran anda dimasak terlalu lama, kandungan nutrisinya boleh turun sebanyak 15% ke 55%, menurut New York Times.

Ada yang kata lebih elok untuk makan sayuran secara mentah untuk mendapatkan nutrisi yang optimal, tapi ia tak sama untuk semua jenis sayur. Jadi, anda perlu check dulu kaedah masakan mana yang sesuai untuk sayuran yang anda ingin makan.

4. Anda masak dengan minyak yang mempunyai smoke point rendah

Foto: iamco.co.nz

Smoke point atau titik asap ialah suhu di mana sesuatu jenis minyak akan mula terbakar dan berasap. Bila anda memasak dengan minyak yang dipanaskan hingga melebihi titik asapnya, anda bukan saja akan memberi rasa “hangus” kepada makanan anda. Nutrisi bermanfaat dalam minyak tersebut pun akan musnah.

Sesetengah minyak seperti minyak kelapa dan zaitun mempunyai smoke point yang rendah. Ia cepat berasap, dan kandungan nutrisinya pun cepat termusnah. Jadi berhati-hati dengan tahap api dapur anda bila memasak dengan minyak ini. Kalau tak pun, guna minyak lain seperti minyak grapeseed atau avocado.

5. Anda membuang kulit sayuran

Foto: thecookful.com

Kebanyakan jumlah nutrisi dalam banyak jenis buah dan sayur, seperti ubi kentang, epal, lobak merah dan kiwi, terkandung dalam kulit mereka. Jadi sebelum anda mengupas kulitnya, fikir dulu tentang nutrisi yang anda boleh nikmati jika ia tak dibuang.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 2 Oct 2023
Featured Tue, 4 Apr 2023

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Alhamdulillah.. Syukur. Semoga pasangan ini dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya

Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Featured Mon, 18 Dec 2023

Aina Abdul Mahu Perkukuh Kedudukan Sebelum Ke Luar Negara

Moga impian Aina termakbul dan dapatkan harumkan nama Malaysia macam TokTi❤️

Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

Featured Wed, 7 Sep 2022

Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Alamak, boleh jadi rumit sebab apa tu? 🤯🥲 Moga semuanya baik baik saja

Featured Mon, 4 Nov 2019

Produk kecantikan perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Semakin ramai pengguna memilih untuk menyimpan produk kecantikan dan kosmetik mereka di dalam peti sejuk.  Ia kini menjadi gaya hidup, terutamanya bagi mereka yang bersolek setiap hari dan rutin mereka melibatkan lebih daripada 10 langkah. […]

error: Content is protected !!