Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 2, 2020 @ 2:15pm

Vivy Yusof Tampil Berikan Penjelasan, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Kepada Netizen ‘Kaki’ Fitnah

If you choose to be anything, be kind.

Selepas tindakan beliau meninggalkan komen disalah satu status instagram teman beliau yang dianggap begitu sensitif oleh netizen.

Justeru itu, usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof nampaknya tampil membuat permohonan maaf menerusi instagram TV (IGTV) miliknya semalam.

Video berdurasi 7 minit 48 saat itu menjelaskan Vivy mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri selepas terpalit dengan isu kontroversi melibatkan dirinya terutamanya ketika Malaysia dalam proses menangani wabak Covid-19.

“Saya faham kenapa netizen marah dan saya juga setuju, sebagai seorang public figure, saya perlu lebih berhati-hati apabila menulis dan berkongsi sesuatu perkara. Ini sangat memberi pengajaran kepada saya.

“Saya sedar penggunaan ayat saya tidak tepat dan saya akan memperbaiki diri selepas ini. 

Menerusi video tersebut juga, Vivy turut menolak dakwaan bahawa beliau mempersoalkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap golongan B40 dan M40.

Dan, beliau juga meminta agar netizen tidak mempercayai kenyataan yang diberikan seperti yang tular di Twitter.

Menurut Vivy, kenyataan tersebut bukanlah dikeluarkan olehnya tetapi orang lain. Ini kerana, beliau sendiri tidak mempunyai akaun Facebook.

“Bila dah masuk Twitter, benda ni dah tak terkawal. Kalau ada satu benda yang saya selalu pesan pada semua wanita, ia adalah untuk mempertahankan diri mereka dan sekarang, inilah waktunya saya mempertahankan diri saya sendiri sebab saya langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut”

Benda ni tersebar dengan cepat sehingga ada petisyen untuk desak saya letak jawatan daripada UiTM,” Jelasnya. 

Memandangkan isu ini tular dengan cepatnya, Vivy mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mula menyebarkan berita tersebut. Termasuklah, kepada mereka yang menyebarkan pembohongan dan petisyen tentang perletakan jawatan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UITM.

Apapun, diharap dengan penjelasan Vivy ini dapatlah menjawab semua persoalan netizen okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Jun 2025
Featured Sat, 19 May 2018

Tiada Kaitan DNA Namun Selebriti Hollywood Ini Memiliki Raut Wajah Seiras

Terbaru di laman YouTube memaparkan selebriti Hollywood yang mempunyai wajah seiras biarpun mereka sama sekali tidak mempunyai pertalian darah.

Contest Mon, 6 Apr 2020

Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Pergh! Siapa dah tengok episod ni, memang power lah dik!

Featured Fri, 5 Feb 2021
Featured Fri, 19 Jan 2024

Siti Nurhaliza Sambut Baik Hasrat Mahalini Mahu Berkolaborasi – “Pulang Dari Umrah Dapat Khabar Indah”

Wah, tak sabar nak dengar lagu hasil kolaborasi Tokti dan Mahalini. Pasti 🔥🔥🔥

error: Content is protected !!