Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 26, 2020 @ 2:20pm

Muka Wanita Ini Bertukar Hitam Dan Bersuara Garau Gara-Gara…

Wanita yang dikenali sebagai Nurul Asma ini mencuri perhatian netizen apabila beliau berkongsi perbandingan wajah beliau ketika hamil anak pertama dua tahun lalu dan wajah beliau sekarang.

Sekadar suka-suka

Sumber : Google

Menurut Nurul Asma, beliau memuat naik gambar beliau menerusi laman Facebook miliknya sekadar suka-suka dan sama sekali tidak menyangka ianya menjadi tular.

” Kelmarin, kebetulan saya memakai tudung sama ketika mahu melahirkan anak pertama pada 30 Mac 2018, jadi saya muat naik perbezaan gambar terkini dan ketika wajah dulu di Facebook”

” tidak sangka ia menjadi perhatian netizen, malah ada yang salah sangka sedangkan status dimuat naik merujuk kepada komen netizen pada masa itu kerana perkongsian perubahan wajah saya ini pernah tular dulu

Beliau merupakan model

Nurul Asma yang juga merupakan seorang model pakaian dari Baling, Kedah ini mengakui mengalami alahan yang jarang sekali berlaku sepanjang kehamilan beliau.

Tambahnya lagi, kali pertama beliau mengalami alahan tersebut, muka menjadi semakin hitam, kembang dan suara beliau bertukar garau.

“Suami selalu puji cantik bila saya sedih mengadu kulit muka berubah hitam, tumbuh biji-biji dan mulut serta hidung mengembang.

“Kata perangsang suami itulah yang menguatkan semangat saya untuk melalui fasa alahan”

Alami alahan yang sama ketika mengandung anak kedua.

Sumber : ww.xtra.com.my

Menurutnya lagi, pada kehamilan kedua juga beliau turut mengalami alahan yang sama namun kali ini, beliau lebih tenang kerana sudah mempunyai pengalaman.

Nurul Asma juga bersyukur suami dan keluarganya sentiasa memberikan sokongan ketika beliau melalui hari-hari yang sukar.

Jadi, kepada bakal-bakal ibu diluar sana yang takut ketika alami sebarang alahan atau perubahan diawal kehamilan, bolehlah dapatkan nasihat doktor anda segera okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Comel Pipi Merah. Alahai Sweet Sangat Tok Ti…

Pastinya pada saat ini seluruh peminat penyanyi kesayangan ramai ini teruja dan tidak sabar untuk menanti wajah puteri comel yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram itu.

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Featured Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Rajin Bantu Buat Kerja Rumah, Rahsia Isteri Nabil Ahmad Makin Sayang

Nabil Ahmad rajin buat kerja rumah tambat hati isteri

error: Content is protected !!