Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 9, 2020 @ 2:41pm

Anak Derhaka! Lelaki Ini Sanggup Tampar Dan Pukul Ibu Kandungnya Gara-Gara…

Sampai hati!

Mana taknya, seorang lelaki berusia 28 tahun sanggup menampar dan memukul dan mengheret ibu kandungnya di kediaman mereka di Kangar, Perak pada Rabu.

Suspek minta motorsikal baru

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang itu, suspek dipercayai mengamuk selepas permintaannya untuk memiliki motorsikal baharu tidak dilayan oleh ibunya sebelum menampar ibunya itu berkali-kali.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, mangsa kemudian membuat laporan sebelum suspek ditahan di Kangar.

“Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang bagi membeli motosikal baru.

“Mangsa bagaimanapun memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya pada kepala, kaki dan tangan,” Katanya.

Mengugut ibunya selepas memukul berkali-kali

Selain itu, suspek juga turut mengugut ibunya berkali-kali selepas memukul dan mengheret mangsa di lantai kediaman mereka.

Bagaimanapun, Superintendan Wari Kiew memaklumkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius namun masih berada dalam keadaan trauma dan ketakutan akibat kejadian dipukul suspek yang juga penagih dadah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa,” Tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Featured Sat, 28 Feb 2026

Aedy Ashraf Dedah Hidup Struggle, Lahir ketika Bapa Dalam Penjara – “Saya Dibesarkan Di Kawasan Perumahan ‘Dodgy Flat'”

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf tampil mendedahkan mengenai kisah disebalik kehidupan peribadinya yang penuh cabaran termasuklah dibesarkan tanpa figura seorang ayah.

Hiburan Wed, 11 Feb 2026

Misha Omar Mahu Anak Lalui Proses Temuduga Pramugara Secara Adil, Enggan Guna ‘Kabel’ Suami

Misha mengakui pada awalnya dia tidak menyangka anaknya berminat untuk mencuba nasib sebagai pramugara.

Featured Wed, 28 Dec 2022

Peminat Bola Sepak Protes Keputusan Pengadil Jepun Berat Sebelah

Jangan main-main dengan skuad bawang Malaysia!

error: Content is protected !!