Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Trending By: Salma Syahbuddin August 5, 2020 @ 6:01pm

127 Individu Lagi Dikenakan Kompaun RM1,000

Masih ada yang degil!

Seramai 127 individu lagi ditahan akibat gagal mematuhi SOP pada hari ke-55 PKPP dilaksanakan.

Menurut Menteri Kanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 8 individu direman manakala, 119 lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk 65 individu adalah tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan 62 pula ditahan membabitkan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal

5 individu gagal patuhi SOP kuarantin

Selain itu, lima individu lain turut dikenakan tindakan oleh pihak polis berikutan gagal mematuhi SOP kuarantin di rumah seperti yang disarankan oleh KKM.

“Polis melakukan 1,969 pemeriksaan terhadap individu yang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing

Sejak 24 Julai hingga 4 Ogos, seramai 5,355 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 21 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor.

Dan, daripada  jumlah itu, 13 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ismail Sabri berkata, kesemua mereka pulang dari 28 negara dan kini berada di hotel serta ILA terpilih untuk menjalani kuarantin wajib.

Selain itu, katanya, hasil 38 pemeriksaan di tapak binaan seluruh negara dilakukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mendapati 34 daripadanya mematuhi SOP ditetapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Mar 2025
Hiburan Tue, 24 Sep 2024
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Featured Thu, 5 Jan 2023
error: Content is protected !!