Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 14, 2020 @ 11:53am

Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh Disaman RM1 Juta

Menurut Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua masyarakat agar tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Fail saman RM1 juta

Justeru itu, penduduk dan pemilik kedai di Napoh akan memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap pemilik restoran berkenaan kerana mencetuskan kluster Sivagangga.

” Sehingga semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh

” Dijangka hari ini akan 50 penduduk lagi akan berbuat demikian menerusi nasihat guaman, Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma,” Katanya.

Tambahnya lagi, penularan kluster PUI Sivagangga menyebabkan penduduk dan peniaga yang terjejas kerugian RM14,000 seorang.

Terkini, pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat peribadi penduduk yang rata-rata terkesan dengan penyebaran kluster Sivagangga tersebut.

“ Ramai yang sudah kehabisan wang simpanan, baru saja hendak mula bekerja susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang pendapatan terjejas lagi,”

Terdahulu, pemilik restoran berkenaan telahpun dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM12,000 serta penjara 5 bulan oleh Mahkamah Alor Setar semalam.

ARTIKEL BERKENAAN : Pencetus Kluster Sivagangga Dipenjara 5 Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Apr 2021

Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

Tiada lagi tolak ansur bagi mereka yang gagal tunjukkan bukti rentas negeri

Trending Tue, 20 Oct 2020
Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Isteri Kena Letak Suami Di Tempat Tertinggi” – Neelofa

Neelofa nasihat utamakan suami dalam rumah tangga

Featured Tue, 9 Feb 2021
Trending Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

error: Content is protected !!