Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 18, 2020 @ 2:46pm

Sukuk Prihatin : Bantuan RM500 Juta Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Krisis

Sukuk Prihatin berjumlah RM500 juta adalah bukti kesungguhan kerajaan melaksanakan langkah-langkah tegas menangani impak pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sehingga kini kerajaan sudah menyalurkan sebanyak RM295 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Dana diberikan kepada yang terkesan susulan Covid-19

Tambahnya lagi, inisiatif Sukuk Prihatin ini membuka peluang langganan kepada orang awam dan korporat, yang kemudiannya akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Covid-19.

“Dana akan diberikan kepada mereka yang terkesan termasuklah dalam menambah baik infrastruktur internet sekolah”

“Selain itu ia juga untuk memberi sokongan buat PKS dan Mikro terutamanya usahawan wanita yang terjejas” Katanya.

Sebahagian daripada dana Sukuk Prihatin ini akan digunakan untuk sektor kesihatan seperti kajian dalam sesuatu penyakit atau wabak berjangkit.

Majlis perasmian Sukuk Prihatin itu disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Yang di-Pertuan Agong juga menjadi pelabur pertama terbitan Sukuk Prihatin tersebut.

Kerajaan juga akan memastikan dana daripada terbitan sukuk akan digunakan sebaik mungkin.

Perdana Menteri juga turut komited dalam menstruktur semula ekonomi dan memberi pembangunan untuk semua serta menangani jurang pendapatan.

Sumber : Harian Metro, BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Sep 2022

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Fuhhh.. Deep betul petikan Mizz Nina kongsi pasal curang ni 🤯🥲 Apapun, semoga baik baik saja semuanya 🤲🏻

Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

Featured Tue, 8 Jun 2021

“Saya Alami Pendarahan..”- Ummi Nazeera Dedah Kesukaran Melahirkan Anak Kedua

Tahniah buat pelakon Ummi Nazeera dan suami di atas  kelahiran anak kedua mereka pada 2 Jun yang lalu. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, terselit keperitan yang terpaksa dialami. Ummi mendedahkan kesukaran yang dialaminya sewaktu melahirkan […]

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Tak Suka Tapi Masuk ‘Live’, Kau Kenapa Nyah?” – Fattah Amin, Amira Othman Tegur ‘Haters’

Amira Othman dan Fattah Amin mencuri tumpuan apabila mempersoalkan tindakan segelintir netizen atau dilabel sebagai ‘haters’

Featured Tue, 9 May 2023
Trending Mon, 11 Apr 2022
Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Fri, 9 Dec 2022
error: Content is protected !!