Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 10, 2018 @ 12:06pm

8 Makanan Zero Kalori Untuk Diet

Pernah dengar tentang makanan zero kalori? Jika anda seorang diet junkie, pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan zero kalori. Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi yang sangat sedikit, sehingga memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna makanan terbabit. Selain disebut sebagai makanan zero kalori, ia juga disebut sebagai makanan kalori negatif.

Jadi, apa jenis makanan yang termasuk dalam kategori zero kalori ini? Berikut adalah 8 makanan zero kalori yang boleh dimasukkan dalam diet harian anda.

1) Seleri

Setiap 100 gram seleri mengandungi 16 kalori. Selain boleh dicampur bersama salad, atau dimakan begitu sahaha, seleri juga enak jika dicampur ke dalam sup.

2) Oren

Buah popular ini memang kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, ia juga rendah kalori berbanding buah-buahan lain. Jika anda sedang berusaha mengurangkan pengambilan kalori harian, buah oren adalah pilihan terbaik. Makan begitu sahaja untuk elak berlaku penambahan kalori seperti mencampurkan gula dalam jus oren. 100 gram buah oren mempunyai 47 kalori.

3) Lemon

Ini bukan bermakna anda harus menikmati lemon seperti buah-buahan lain untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Sebaliknya, campurkan perahan lemon dalam air minuman atau masakan anda. Selain zero kalori, lemon juga kaya dengan antioksidan. 100 gram lemon mengandungi 29 kalori.

4) Cendawan

Cendawan memang versatile. Boleh dihidangkan untuk masakan biasa, mahupun masakan mewah. Jadi, jangan takut menikmati cendawan. Boleh dicampur ke dalam spaghetti, burger mahupun sup. 100 gram cendawan Shiitake mengandungi 34 kalori.

5) Tembikai

Biarpun buah ini mempunyai rasa manis semulajadi yang membuka selera, namun ia masih tersenarai sebagai makanan rendah kalori. Bahkan tinggi kandungan antioksidan. Jadi tidak hairan jika anda anda ingin menurukan berat badan, anda digalakan menikmati buah ini atau mengambil jus tembikai. 100 gram buah tembikai hanya mempunyai 30 kalori.

6) Epal

An apple a day keeps the doctor away. Sebabnya, sebiji epal tinggi dengan pelbagai kandungan nutrien yang baik untuk tubuh badan seperti antioksidan, mineral, vitamin dan serat. Epal sangat bagus dijadikan snek di antara waktu makan kerana ia mengenyangkan. Jumlah kalori dalam sebiji epal bersaiz sederhana ialah 95.

7) Bawang

Makanan yang sering digunakan dalam masakan ini juga rendah kalori. Jadi tiada salahnya jika anda seorang penggemar bawang. Mujur rakyat Malaysia sering menggunakan bawang sebagai penambah perisa makanan. Malah, ia juga dipercayai sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Cuma 40 kalori untuk 100 gram bawang.

8) Lobak merah

Selain mampu memelihara kesihatan mata, lobak merah juga rendah glisemik yang membantu mengawal kandungan gula dalam darah serta berfungsi sebagai diuretik semula jadi, yang menyingkirkan lebihan natrium dan sodium di dalam badan. 100 gram lobak merah mengandungi 41 kalori.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Oct 2024

Neelofa Mengaku Masih Belajar, Tak Layak Kongsi Tips Rumah Tangga – “Rahsia Rumah Tangga Sudah Pasti Ada Susah Senangnya”

“Selagi seorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan”- Neelofa

Featured Mon, 16 Feb 2026

“Tolong Jagakan ‘Awak’ ” – Layan Konsert Mahalini Di Jakarta, Que Haidar Titip Pesan Minta Jagakan Fazura

Malah, gelagat selebriti itu yang dilihat sangat serasi membuatkan peminat mendoakan agar pasangan ini berjodoh.

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Pemergian Yang Sangat Dicemburui, Meninggal Pada Bulan Yang Mulia” – Pemergian Vidi Aldiano Beri Impak Pada Nora Danish 

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa sebak susulan pemergian penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, teman rapat dan peminat arwah.

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]

Gaya Hidup Sat, 6 Oct 2018

Anda Tahukah Apa Maksud Di Sebalik Nama Jenama H&M? Ini Jawapannya!

Selama ini kita beli saja bajunya tanpa mengetahui sejarah kedai ini.

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022
error: Content is protected !!