Featured By: Ad Ops March 13, 2018 @ 12:48pm

20 Foto Indah Yang Akan Buat Anda Teringin Travel Ke Alaska Sekarang Juga!

Alaska ialah negeri terbesar di Amerika, tapi ia mempunyai jumlah penduduk paling kecil. Ini bermakna Alaska masih belum lagi diterokai sepenuhnya.

Jadi peminat dan pencinta alam semula jadi semestinya akan enjoy bila melancong ke negeri bersalji ini. Mereka berpeluang untuk cuci mata dengan pemandangan semulajadi Alaska yang cukup indah. 

Walaupun negeri ini terkenal dengan alam semula jadinya, Alaska juga ada bandarnya yang tersendiri. Di sinilah tempat di mana anda boleh menikmati masakan seafood yang fresh!

Jom tengok tempat-tempat menarik di Alaska yang anda mesti check out jika anda melancong ke sana.

Anchorage, bandar terbesar di Alaska, memiliki skyline yang penuh dengan gunung-ganang

Foto: Rocky Grimes / Shutterstock

Kalau anda ke sana pada bulan Mac, anda wajib saksikan perlumbaan Iditarod Trail Sled Dog Race yang bermula di Anchorage. 

Foto: Nathaniel Wilder / Reuters

Di Alaska, anda takkan pernah jauh dari kawasan hutan. Untuk perjalanan dari Anchorage, anda boleh memandu ke Eklutna Lake, tempat ideal untuk berkayak.

Foto: Paul Schenk Photography / Shutterstock

Pada musim sejuk, kalau anda berminat untuk melakukan aktiviti ski, bolehlah pergi ke Alyeska Resort, satu-satunya resort ski di Alaska.

Foto: RoschetzkyProductions / Shutterstock

Lepas penat beraktiviti, makan malam dengan hidangan ikan salmon segar. Ikan sockeye salmon di dalam gambar di bawah ialah dari kedai popular di Anchorage, Glacier Brewhouse.

Foto: Michael S / Yelp

Kalau anda ingin tahu dari mana datangnya salmon yang anda makan itu, pergi ke Katmai National Park. Di situ, anda boleh tengok sendiri macam mana beruang menangkap ikan di Sungai Brooks.

Foto: Gleb Tarro / Shutterstock

Selain beruang, ada banyak lagi hidupan liar di Alaska. Di Kenai Fjords National park, anda boleh jumpa singa laut.

Foto: Tony Campbell / Shutterstock

… ataupun burung Puffin!

Foto: zzvision / iStock

Bila anda di park itu, jangan lupa untuk berkunjung ke Exit Glacier yang awesome!

Foto: Sean Lema / Shutterstock

Di Alaska, ada glacier di serata negeri. Glacier Bay ialah hentian yang popular untuk kapal cruise disebabkan oleh pemandangannya yang indah.

Foto: lembi / Shutterstock

Kapal cruise tu bukan saja untuk tengok glacier, tapi juga untuk tengok ikan paus humpback.

Foto: vladsilver / iStock

Bandar Ketchikan merupakan sempadan Inside Passage, laluan terkenal untuk kapal cruise. Jangan terlepas tengok boardwalk berwarna-warni atau totem poles di situ.

Foto: Sorin Colac / Shutterstock

Kalau anda tak minat cruise, naik keretapi White Pass and Yukon Route Railroad. Laluan keretapi itu dah wujud lebih daripada 100 tahun dan melalui gunung-ganang untuk menyambungkan bandar Skagway dengan bandar Yukon di Kanada.

Foto: Filip Carmen / Shutterstock

Ataupun anda boleh naik Mt. Roberts Tramway, sama macam cable car. Ia akan membawa anda sejauh 1,800 kaki dari permukaan bumi untuk melihat pemandangan selat Gastineau dan bandar Juneau yang cantik.

Foto: orangecrush / Shutterstock

Satu lagi tempat makan best ialah Tracy’s King Crab Shack. Peminat-peminat ketam, jangan ketinggalan!

Foto: Wing Y / Yelp

Di luar kawasan Juneau, anda akan jumpa Mendenhall Glacier yang menempatkan Blue Glacier Ice Caves. Cantik gila!

Foto: saraporn / Shutterstock

Selain glaciers, Alaska mempunyai banyak gunung-ganang. Yang paling tinggi ialah Denali.

Foto: zzvision / iStock

Mount McKinley terletak di Denali National Park, yang merangkumi 6 juta hektar hutan belantara Alaska.

Foto: kongxinzhu / iStock

Semasa anda sedang menerokai park tu, anda mungkin akan terserempak dengan moose!

Foto: Michal Sarauer / Shutterstock

Percutian ke Alaska tak sah kalau anda tak saksikan Northern Lights. Pada musim sejuk, bandar Fairbanks ialah tempat ideal untuk menyaksikan fenomena semulajadi ini.

Foto: CNaene / iStock

Menarik, kan? Jom pergi melancong!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Setajam Manakah Mata Anda? Jom Cari Benda Tersembunyi Dalam Puzzle Yang Telah Viral Ini

Sejak beberapa tahun lalu, ada individu yang telah memuatnaik pattern puzzle, dan cabarannya adalah anda perlu cari benda tersembunyi di dalam gambar yang diberikan.

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Berkat Doanya, Ramai Datang”- Azlee Senario Syukur Gerai Dapat Sambutan Selepas Dikunjungi Ebit Lew

Jika dahulu, lakonan dan jenakanya sering menjadi hiburan peminat di kaca televisyen namun kini pelawak Azlee Senario berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki akibat hilang mata pencarian dalam musim pandemik. Baru-baru ini, tular di media sosial […]

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Mon, 29 May 2023