Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin April 20, 2018 @ 12:00pm

Shila Amzah Sah Bergelar Isteri. Hati Peminat Lelaki Patah Seribu Tak?

Penyanyi Shila Amzah telah mengakhiri zaman bujangnya apabila sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz pada petang semalam. Tahniah penulis ucapkan! Majlis pernikahan yang dihadiri oleh pihak keluarga dan rakan selebriti ini menyaksikan keayuan Shila mengenakan busana berwarna putih. 

Bagaimanapun, menurut Shila dia masih belum menetapkan sebarang tarikh resepsi lagi dan akan berkongsikannya kelak. Suami Shila, Haris bekerja dalam bidang kewangan di kota London dan dia juga pernah berkerja sebagai wartawan The Star pada tahun 2015. Pasangan ini telah bertunang pada November tahun lalu. 

Jom kita tengok gambar sekitar majlis pernikahan pasangan sama cantik, sama padan ini.

 
 
 
 
 
 
 
 

Foto: Instagram Anhevents

Semoga Shila dan suami berbahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Sama-sama kita nantikan majlis resepsi yang akan diumumkan oleh Shila nanti.
 
Sumber: Rotikaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Featured Wed, 23 Jul 2025

“Kita Selalu Fokus Orang Menzalimi Diri Kita Tapi Tak Pernah Fikir Diri Banyak Dosa”- Betty Rahmad

Terdapat banyak ayat al-Quran memohon ampun kerana menzalimi diri sendiri.

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

“Tak Perlu Tayang Semula, Ramai Dah Berhijrah” – Heliza Helmi

Heliza Helmi berpendapat tidak wajar ulang siar program realiti nyanyian ramai dah berhijrah

Trending Tue, 29 Jan 2019

Tampar Tiga Kali! Pembantu Sajat Buat Hal

Wow! Seram nyer boleh tampar-tampar kat public

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

Suami kepada aktres Datin Seri Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia.

error: Content is protected !!