Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom May 11, 2018 @ 5:00pm

Tip Miliki Rambut Kerinting Yang Menawan, Tanpa Perlu Bimbang Lagi Masalah Rambut Kejung

 “Your hair is natural or perm?” Itu soalan yang biasa diajukan apabila berasa teruja melihat kanak-kanak comel atau wanita cantik berambut kerinting panjang dan lebat.

Si pemilik rambut kerinting apatah lagi kalau mereka itu cantik biasanya terlihat attractive sehingga membuatkan sesiapapun terpesona.  

Bagaimanapun, penjagaan rambut kerinting ini agak rumit berbanding rambut lurus. Anda perlu sentiasa membelainya agar tidak kusut dan kejung! Nak tahu penjagaan terbaik bagi anda yang memiliki rambut terkenal dengan jolokan ‘mee maggi’ ini, amalkan lima tip di bawah.

Foto : pinterest.com

SIKAT SEBELUM BERSYAMPU

Bila mahu bersyampu,  pastikan sikat terlebih dahulu rambut anda. Dengan cara ini masalah rambut bersimpul atau kusut (khususnya pada bahagian hujung rambut) dapat diminimumkan. Rambut kerinting bila sudah basah lagi susah nak dileraikan.

Foto : kisforkinky.com

KURANG BERSYAMPU

Jangan kerap mencuci rambut. Seeloknya maksima tiga kali seminggu. Rambut kerinting biasanya kering, jadi tidak elok dicuci selalu kerana makin kerap dicuci makin kering jadinya. 

PERAPI, PERAPI & PERAPI

Kalau tidak bersyampu sekalipun, tiap kali mandi pastikan memakai perapi (conditioner) pada rambut. Bagi sesiapa yang berambut kerinting wajib jadikan perapi sebagai teman baik di kamar mandi. Selain melembap rambut, perapi juga buat tekstur dan bentuk kerinting rambut lebih cantik dan kemas. Leraikan rambut yang sudah disapu perapi dengan jari.

Foto : makeupandbeauty.com

PUPUR RAMBUT

Selain perapi, pupur rambut (hair mask) juga penting dalam memberi rawatan intensif pada rambut. Memandangkan rambut kerinting biasanya kering, jadi ia perlu dilembapkan dengan sempurna. Rambut kerinting yang lembap menjamin bentuk keritlnting yang lebih cantik, tidak frizzy.

JANGAN SIKAT

Jangan sesekali sikat rambut yang sudah kering. Ia akan buat rambut nampak frizzy. Usik dengan jari pun kalau boleh dielakkan. Untuk mencipta volum pada rambut, cukup dengan leraikan rambut kepada beberapa bahagian.

 

Foto : thegloss.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 25 Jun 2018

Euww… Kentut Berbau Busuk! Elak Makan Makanan Ini

Bau kentut mempunyai pelbagai variasi, ada yang tidak berbau sama sekali, ada yang bau biasa dan paling dasyat kentut yang berbau sangat busuk. 

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Pelajari Teknik Asas Seni Mempertahankan Diri Yang Anda Perlu Tahu Melalui Video Ringkas Ini

Kita tak tahu bila kita akan menjadi mangsa, jadi tak salah untuk kita bersedia dari awal.

Featured Mon, 27 Apr 2020

Terlontar di Serada, Nysakapas bangkit mula langkah baru!

Keluar masuk kedai demi ilmu batik terap

Featured Wed, 15 May 2019
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Imaginasi Terlalu Tinggi, Anak Achey Minum Air Menerusi Permainan Mudah Alih

Pelawak terkenal, Achey terkejut apabila anaknya, Nur Tiara Zinnirah ‘minum air’ menerusi permainan mudah alih di telefon pintar.   View this post on Instagram   A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung) Menerusi […]

Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
error: Content is protected !!