Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 18, 2018 @ 5:00pm

Stres Dengan Masalah Bintik Hitam Pada Wajah? Cuba 4 Tip Berkesan Ini

Biasanya jerawat yang tumbuh pasti akan meninggalkan kesan hitam pada wajah kita. Lagi banyak jerawat, makin bertambahlah bintik-bintik hitam! Keadaan ini akan mengganggu penampilan wajah kita yang seharusnya flawless. 

Lepas ini anda tak perlu risau lagi, penulis akan senaraikan 4 cara untuk menghilangkan bintik-bintik hitam yang degil pada wajah. Jom cuba!

1. Betik

Foto: Maskulin

Ambil dua potong betik dan kisar sehingga halus. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi sedikit susu segar dan madu. Sapukan pada seluruh wajah atau pada bahagian yang ada bintik hitam. Biarkan sehingga kering, setelah itu bilas sehingga bersih.

2. Kacang soya

Foto: Kaklong Chan

Untuk pengetahuan anda, kandungan vitamin pada kacang soya ternyata cukup baik untuk kulit. Cara membuatnya cukup mudah, ambil beberapa biji kacang soya, kisarkan sampai halus. Sapukan pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air sejuk sehingga bersih.

3. Putih telur

Foto: Alodoktor

Ambil sebiji telur, pisahkan kuning dan putih telurnya. Sapukan putih telur pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Kemudian, cuci bersih dan lakukannya setiap hari untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

4. Lemon

Foto: Genzonderlan.com

Kalau anda nak tahu, lemon kaya dengan vitamin C yang boleh membantu menghapuskan bintik hitam. Caranya sangat senang, ambil sebiji lemon, belah menjadi dua dan tenyeh lembut kepada bahagian wajah yang ada bintik hitam. Lakukan cara ini secara rutin, dalam beberapa hari anda akan lihat bintik-bintik hitam tersebut kian menghilang.

Mudah sahaja kan? Penulis nak pesan, anda juga perlu rajin membersihkan wajah dan minum air putih yang secukupnya. Barulah kekal cantik dan sihat sepanjang masa!

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 25 Feb 2025

Angkat Tema ‘Indahkan Memori’, Media Prima Saji Seleksi Hiburan Eksklusif Ramadan Raya 2025

Selebriti ‘Friends of RaRa’ Meriahkan Acara! Bawa semula rasa kekeluargaan

Featured Fri, 9 May 2025
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Saat Siram Tanda, Hujan Turun Dengan Renyai”- Shaheizy Sam Kongsi Detik Mengharukan Saat Bung Moktar Dikebumikan

Sam berkongsi suasana ketika berada di tanah perkuburan yang disifatkan penuh ketenangan

Featured Sun, 8 Dec 2024
Featured Fri, 11 May 2018

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Kegembiraan turut dikongsikan oleh selebriti-selebriti tempatan apabila Tun Mahathir menang dan bergelar Perdana Menteri yang ke-7.

Featured Thu, 16 Jan 2025
error: Content is protected !!