Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin June 8, 2018 @ 12:00pm

Lontong Goreng, Hidangan Santai Untuk Hari Raya Anda

Anda pernah makan lontong goreng? Bagi yang belum pernah makan atau baharu pertama kali tahu wujudnya lontong goreng ini, mungkin lepas ini anda boleh cuba. 

Penulis kalau masak lontong goreng ini apabila ada lebihan ketupat ataupun nasi impit dekat rumah ketika hari raya. Yela, kadang-kadang macam boring juga makan lontong cecah rendang sahaja, sebab itu penulis masak lontong goreng, memang licinlah dimakan oleh ahli keluarga!

Anda juga boleh mencuba masakan lontong goreng ini, resepinya sangat mudah. Bukan sahaja boleh dimakan ketika hari raya, waktu berbuka puasa juga sesuai untuk anda nikmatinya. Jom kita belajar cara nak masak lontong goreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 pinggan nasi impit dipotong dadu

1 mangkuk daging kisar

5 sudu besar udang kering dikisar halus

6 sudu besar cili boh

12 sudu besar sos tiram

Kicap lemak manis secukup rasa

Minyak masak untuk menumis

5 ulas bawang putih dicincang kasar

1/2 bawang Holland dipotong dadu

2 biji bawang merah dihiris nipis

1/2 batang lobak dihiris

Garam secukup rasa

4 batang kacang panjang dihiris

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland, tumis sehingga naik bau dan garing.

2. Masukkan pula cili boh dan sos tiram. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

3. Masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering. Kemudian, masukkan daging kisar dan udang kering. Kacau rata sehingga daging masak.

4. Setelah itu, masukkan pula lobak, kacang panjang dan nasi impit. Gaul sehingga rata. 

5. Masukkan kicap dan garam. Kacau sehingga rata. 

6. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: iCookAsia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

Featured Mon, 27 Mar 2023
familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul

Featured Fri, 10 May 2024
Events Thu, 1 Dec 2022

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Foto Kahwin Dengan MK, Nabila Razali Beri Penjelasan – “Itu Bukan Gimik, Tapi…”

Penyanyi Nabila Razali mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique. Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja […]

Featured Tue, 30 Jan 2024

“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian 

Respek Datuk! Moga sentiasa sihat dan terus menghiburkan ramai orang🫰

Featured Wed, 5 Apr 2023
Events Thu, 8 May 2025
error: Content is protected !!