Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom June 12, 2018 @ 1:00pm

Selebriti Antarabangsa Yang Khabarnya Komited Menjalani Ibadah Puasa

Perkhabaran yang menyentuh hati ketika Ramadan hampir melabuhkan tirainya. Barangkali anda tidak mempercayainya, namun bintang-bintang ternama ini antara senarai selebriti luar negara yang menjalani ibadah puasa.

Status sebagai Muslim bukan sekadar pada nama, malah selebriti dari pelbagai arena ini turut berperanan menyampaikan teladan dan dakwah tentang puasa Ramadan kepada komuniti global.

Mike Tyson

Foto: USA Today

Tyson dikatakan sangat disiplin dalam mengamalkan ajaran Islam termasuklah berpuasa. Memeluk agama Islam sekitar tahun 1990-an, bekas juara heavyweight dunia ini antara selebriti Barat yang mengamalkan ajaran Islam termasuklah berpuasa.

Halima Aden

Foto: My Salaam

Peragawati ini mula mencipta nama selepas dipilih menjadi penghias kulit majalah Vogue. Dalam temu ramah dengan majalah Harper’s Bazaar, Halima mengakui dia gemar tidur siang ketika berpuasa dan sedang berusaha membuang tabiat tidak baik itu.

Kareena Kapoor – Saif Ali Khan

Foto: khaama

Kedua-duanya mengakui pengalaman berpuasa selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata sedikit berbeza, terutama bagi Kareena. Dalam satu temu ramah dengan portal hiburan India, Kareena memberitahu keluarga suaminya mempunyai tradisi tersendiri dalam bulan Ramadan, antaranya gemar bersedekah makanan dan wang kepada jiran tetangga.

Akon

Foto: Vibe

Media antarabangsa melaporkan penyanyi dan rapper ini berkemungkinan besar berpuasa, memandangkan dia dibesarkan di Senegal, sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam. Namun Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Damala Akon Thiam tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka jika dia benar-benar berpuasa.

Shahid Kapoor

Foto: Bollywood Hungama

Bintang Bollywood ini mengakui dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan mengamalkan ajaran Islam. Menerusi satu portal gaya hidup India, Shahid memberitahu tidak pernah lagi meninggalkan puasa Ramadan sepanjang hidupnya.

Sumber: Astro Awani 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Perjuangan Wanita Lepas Cerai Bukan Dendam Tapi…” – Ibu Dr.Fie Luah Rasa Bangga, Anggap Anak Sebagai Wanita Hebat 

Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.

Featured Fri, 31 May 2024

“Saya & Suami Tak Pernah Duduk Berbincang Untuk Pemilihan Watak” – Amyra Rosli

Bagus lah kan, professional dengan kerjaya masing-masing

Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Featured Tue, 14 Feb 2023

“Pakai Macam Ni Pun Kena…” – Lawat Kawasan Banjir, Young Syefura Kesal Terima Komen Lucah

Orang kalau dah bernafsu, tengok apa pun bernafsu kan.. Minta dijauhkan

Featured Sat, 27 Jul 2024

Kongsi Pengalaman IVF, Tunku Azizah Dedah Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa!

Allahu! Sebak pula dengar perkongsian Tunku dan Tokti😭❤️

Featured Mon, 3 Jul 2023
error: Content is protected !!