Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops June 13, 2018 @ 12:00pm

Iklan Raya Media Prima Yang Menampilkan Faizal Tahir Gerenti Akan Menyentuh Hati Anda

Saban tahun, syarikat-syarikat terkemuka di negara ini berlumba-lumba untuk menghasilkan iklan Raya yang paling diingati. Orang ramai pun pasti tertunggu-tunggu.

Sama ada jalan ceritanya sedih atau menghiburkan, iklan yang betul-betul berjaya menusuk kalbu penonton mesti akan kekal di minda dan hati mereka untuk bertahun-tahun lamanya.

Walau apa pun, perkara paling penting yang kita patut ingat adalah isi tersirat yang ingin disampaikan. Selalunya sesiapa yang pernah lalui situasi yang digambarkan mesti akan terasa. Bagi yang tak pernah pula, sekurang-kurangnya mereka akan muhasabah diri.

Iklan sebeginilah yang patut dihasilkan, dan itulah misi Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) untuk kempennya “Terima Kasih” pada tahun ini.

Tapi video yang dipersembahkan bukan seperti iklan biasa. Sebaliknya, ia merupakan sebuah dokumentari pendek yang menampilkan penyanyi Faizal Tahir yang dikenali dengan aktiviti kemanusiaannya.

Mesej yang diangkat adalah walaupun kita sedang sibuk bersuka ria pada Hari Raya, kita tak patut melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

Di dalam dokumentari ini, Faizal dilihat telah melawat Tadika Istika Jaya yang menempatkan kanak-kanak cacat pendengaran.

Penyanyi ini sedikit tertekan kerana tujuannya ke sana adalah untuk menggembirakan si kecil dengan muziknya, tapi bagaimana dia hendak laksanakan misi tersebut jika penontonnya tak boleh mendengar?

Namun begitu, walaupun ada kekangan komunikasi di antara mereka, insan-insan kecil yang Faizal temui ini nampaknya tetap bergembira dengan tetamu mereka.

Saksikan sendiri video pengalaman Faizal bersama kanak-kanak di tadika itu. Memang menyayat hati!

“Pengalaman ini telah membuka hati dan mata saya. Dan kita memang kena sentiasa bersyukur.

“Kita selalu ingat yang usaha seperti ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka. Tapi hakikatnya kita akan sedar bahawa merekalah sumber inspirasi dan motivasi yang sebenar.”

Dipaparkan di skrin besar

Dokumentari “Terima Kasih” ini telah ditayangkan di Pavilion KL pada 8 Jun lalu menerusi skrin LED gergasi pusat membeli-belah tersebut.

Kanak-kanak Tadika Istika Jaya yang muncul dalam video itu juga telah dijemput untuk menontonnya. Yang seronoknya, mereka telah mendapat kejutan istimewa daripada “Uncle Faizal” yang datang menemui mereka dengan hadiah permainan untuk semua.

Jom tengok klip video yang telah dirakam ketika itu. Yang ini pun menyayat hati! Tengoklah betapa gembiranya mereka!

“Bila kita mendengar, ia bukannya dengan telinga, tapi sebenarnya dengan hati,” kata Faizal. Betul sangat.

Tayangan tersebut disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak Tadika Istika Jaya, guru-guru mereka, ibu bapa dan Faizal sendiri.

Dokumentari ini akan terus dimainkan di TV3 sepanjang Ramadan dan di laman YouTube TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] PU Riz ‘Buka Mata’ Neelofa Erti Kesyukuran & Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan 

Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur – Neelofa

Featured Sat, 11 Feb 2023
Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

Featured Wed, 10 Feb 2021

Cara Tukar Kata Laluan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Dalam Talian – LHDN

Berita gembira buat pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)! Dalam satu kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan mereka yang ingin menukar kata laluan BPR boleh melakukannya di laman web BPR tanpa perlu ke […]

error: Content is protected !!