Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 15, 2022 @ 3:39pm

[VIDEO] PU Riz ‘Buka Mata’ Neelofa Erti Kesyukuran & Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan 

Pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa, 33, mengakui suami tercintanya, Haris Ismail, 27, banyak mengajarnya erti kesyukuran dalam rezeki. 

Berdasarkan sebuah video tular di TikTok, Neelofa mendedahkan sikap suaminya itu dalam siaran langsung perkongsian bersama pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana. 

“Saya sangat faham, terutamanya bila awak kata dulu dapat banyak tapi tak pernah rasa cukup. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Doa & Amalan PU Riz – “Tangan Selalu Lenguh Ketika Solat Jemaah & Berdoa Sebab Dia…”

“Dalam kes saya, saya rasa adik-beradik ramai, keluarga besar, jadi mungkin untuk mak ayah fokus dan bercerita tentang kesyukuran ada setengah perkara yang tidak dapat difahamkan. 

“Tapi saya banyak belajar selepas berkahwin daripada suami saya. Dia banyak sedarkan saya tentang aspek kesyukuran. 

“Family saya menjadi saksi daripada saya tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap ini. Bila ada orang baru masuk dalam hidup saya, daripada sudut pandangan dia pandang saya berbeza,” ujarnya. 

Mengulas lebih lanjut, Neelofa menceritakan bagaimana PU Riz mengubah persepsinya dalam erti syukur yang sebenar walaupun sekecil zarah. 

“Dia selalu cakap dekat saya untuk banyak bersyukur sebab apa yang Allah dekat awak tak sebanyak macam Allah beri pada orang lain. Contohnya, dia kata lagi orang-orang yang minat dan sokong saya, mendoakan awak ni adalah satu rezeki juga.. 

“Awak tak perlu buat banyak kerja, awak bukannya berlakon 10 filem 10 drama setahun, bukannya awak kena pergi buat appearance setiap bulan, tapi akan ada je orang yang mendoakan awak dan minat awak. Itu satu rezeki yang besar yang Allah kasi. 

“Keluarga saya dibesarkan dengan ramai peminat jadi mungkin masa tu kita tak nampak cara pandang perkara tu. 

“Haris ni benda paling kecil yang dia dapat pun dia sangat bersyukur dan hargainya. Pada saya perkara tu sangat mudah dan biasa tapi apabila dia zahirkan benda tu dengan penuh rasa bahagia dan syukur terhadap satu perkara jadi lama-lama saya sedar yang mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila terima sesuatu.

“Secara tak langsung saya banyak belajar cara untuk munasabah dan fikir semula bahawa sebenarnya katakanlah kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tak pernah putus, rumah berpuluh biji tapi semua itu belum janji kebahagiaan. 

“Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur,” katanya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

“Paling Saya Rindu Adalah Lakonan.” – Marsha Terkilan Kurang Tawaran Selepas Berkahwin

Menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh…serba boleh!

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar […]

Hiburan Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Fab Foodies! Sun, 22 Apr 2018

Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Bukan sahaja boleh makan kek yang fresh from the oven tau, anda juga boleh belajar cara untuk baking bersama teman rapat dan anak-anak anda!

Featured Wed, 9 Nov 2022

Tegar Sedih Dihalau Keluar Dari Rumah Sewa, Akui Sering Ditipu

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang…

Events Mon, 9 Mar 2020
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
error: Content is protected !!