Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom June 17, 2018 @ 12:00pm

Suhu Mencecah 8°C, Kafe Di Pulau Pinang Ini Bakal Buat Anda Beku!

Terdapat banyak ‘ice bar’ serata dunia, akan tetapi di Asia Tenggara yang bermusim panas ini memang agak rare. Apatah lagi dalam keadaan cuaca panaih lit lit  (panaih adalah panas dalam loghat Utara) macam Pulau Pinang!

Namun, itulah keunikan Ice Cafe sehinggakan ramai pengunjung tempatan dan luar negara sanggup beratur panjang untuk mengunjungi kafe yang  beralamatkan 193, Lebuh Victoria, Pulau Pinang.

Sesuai sangat dikunjungi semasa perayaan nanti terutamanya selepas kepenatan beraya di rumah sanak-saudara. bolehlah singgah sebentar disini. Sambil makan dessert yang lazat, berpeluang nikmati kesejukan salji setelah berpanas-panasan sepanjang hari.

Melangkah masuk ke dalam kafe ini, anda pasti terpukau dengan dekorasi dalamannya yang mempamerkan ukiran dan sculpture ais termasuk rumah iglu yang pastinya membuatkan anda terasa seakan berada di kutub Utara.

Foto : Instagram

Satu ungkapan ekspresi perasaan bagi sesiapapun yang pernah singgah ke Ice Cafe, kafe ini memang Cool!  Ambience kafe yang menjanjikan satu pengalaman luar biasa, Ice Cafe juga memikat hati pelanggan dengan aneka dessert manis sejuk termasuk hidangkan menu yang lazat.

Foto : Instagram

Ianya destinasi ideal selepas penat bersiar-siar bertemankan cuaca terik Pulau Pinang. Di dalam cafe ini, dekonya diukir daripada ais dan suhunya dikawal dan tetap pada 8°C hingga 10°C.

Foto : Instagram

Satu perkara penting perlu diingatkan kepada pelanggan, jangan lupa bawa baju sejuk dengan sarung tangan jika nak ke sini!

Foto : Instagram

Yang bestnya, pemilik restoran membenarkan pengunjung melawat setiap ruang restoran sekaligus mengambil gambar. Tapi kalau tahu malu itu, janganlah setakat ambil gambar, order lah makanan sekali ya!

Foto : Instagram

Tidak dinafikan harga minuman, makanan dan pencuci mulut di sini agak mahal sedikit berbanding di luar, namun dengan keunikan yang ditawarkan, adalah sangat berbaloi untuk anda meluangkan masa di sini!

Foto : Instagram

Lokasi : 193, Lebuh Victoria, Pulau Pinang

Operasi : Setiap Hari (10.30 pagi – 10.30 malam)

Hubungi : 04-2633193

Facebook : Ice Cafe

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Eat Travel Sat, 14 Dec 2019
Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Eat Travel Mon, 3 Dec 2018

Taman Tema Star Wars: Galaxy’s Edge Bakal Dibuka Tahun Depan, Tak Sabarnya!

Disney baru-baru ini mengeluarkan video drone bagi menunjukkan perkembangan pembinaan taman tema itu.

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

Sambil Lepak Dan Makan, Enjoy Pemandangan Yang Gorgeous Di Kafe Atas Bumbung Ini

Kalau anda ingin lari dari kehidupan sibuk, datanglah ke sini.

Eat Travel Sun, 23 Sep 2018

Inilah Resipi Terbaik Biskut Cip Coklat Yang Khas Untuk Orang Vegan

Vegan, maknanya tiada ramuan tenusu tapi masih sedap dimakan!

Eat Travel Fri, 18 Oct 2019
error: Content is protected !!