Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 21, 2018 @ 1:00pm

Ayam Goreng Korea Ini Memang Lazat Hingga Menjilat Jari! Ini Resipinya

Sesiapa yang hantu Korea mesti pernah makan KFC – Korean Fried Chicken.

Ayam goreng rangup yang disaluti dengan sos cili yang sekali gus pedas, manis dan masam… Fuhhh! Makan satu saja memang tak cukup.

Hidangan ini dinamakan Yangnyeom Chicken. Mungkin kerana ia berasaskan ayam, ia memang popular dalam kalangan orang Malaysia.

Kalau nak makan di Korea, takut tak halal pula. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah?

Senang saja pun! Goreng ayam dulu, lepas itu buatkan sos dengan mencampurkan beberapa bahan. Dah siap!

Nak tahu resipinya? Teruskan baca artikel ini. Hasilnya memang akan buat anda terliur.

Bahan-bahannya:

1) Untuk ayam goreng

  • 1.5 kilo potongan ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ cawan tepung ubi atau jagung
  • ¼ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 biji telur

2) Untuk sos:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/3 cawan sos tomato
  • ¼ cawan pes cili Korea (gochujang)
  • 1/3 cawan sirap beras atau madu atau corn syrup
  • 1 sudu besar cuka epal
  • Bijan

Foto: www.maangchi.com

Cara-caranya:

1. Gaulkan kepingan ayam dengan serbuk lada hitam dan garam. Biarkan perap selama 30 minit.

2. Panaskan sebanyak 6 cawan minyak sayur di dalam pan untuk goreng ayam.

3. Gaulkan pula tepung ubi/jagung, tepung gandum, tepung pulut, baking soda dan telur dengan ayam tadi.

4. Goreng ayam dalam minyak panas di atas api kuat selama 10 minit. Kemudian, angkat dan tuskan minyak, dan letak tepi selama beberapa minit.

5. Kemudian, goreng semula ayam itu selama 10 minit hingga kesemua kepingan ayam nampak golden brown dan rangup di bahagian luarnya. Nota: Jika kuali anda tak cukup besar, bahagikan ayam kepada 2 batch dan goreng.

6. Sementara itu, buat sosnya. Panaskan minyak sayur di dalam pan dan goreng bawang putih.

7. Masukkan sos tomato, pes cili Korea dan sirap beras, dan kacau. Masukkan cuka epal dan kacau lagi. Tutup api dan letak tepi.

8. Jika ayam anda dah cukup masak, angkat dan tuskan minyaknya. Masukkan ayam goreng ke dalam pan berisi sos tadi dan gaul hingga rata.

9. Taburkan bijan ke atas ayam. Jom makan!

Tip: Kalau nak pedas lagi, tambahkan chilli flakes ataupun potongan cili padi.

Untuk rujukan, pelajari cara-caranya melalui video ini:

Sumber: Maangchi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 27 Dec 2018

Kalau Ke Jaipur India, Jangan Lupa Singgah Di 5 Lokasi Ini

Kota bersejarah Jaipur turut dikenali sebagai Pink City!

Eat Travel Tue, 29 May 2018

Hidangan Dulang Minang Di SukaSucre Bakal Beri Pengalaman Menyeronokkan Buat Pelanggan

Dulang Minang, hidangan berbuka puasa istimewa di SukaSucre Bistro yang bakal membawa pelanggan mendekati budaya masyarakat Minangkabau.

Eat Travel Wed, 22 May 2019

Nak tahu rahsia kekalkan kesegaran potongan buah? Ini petuanya!

Kalau buah nampak lebam, mesti kita tak nak makan betul tak?

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018
Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

Eat Travel Wed, 19 Jun 2019
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020
Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
error: Content is protected !!