Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin August 9, 2018 @ 9:00am

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Bila kita mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu, setiap petang pasti kita akan meronda-ronda menaiki basikal bersama rakan-rakan. Itulah saat yang paling best kan? Tapi, bila dah besar, adakah anda masih melakukan aktiviti berbasikal ini?

Mungkin ada dalam kalangan anda yang masih melakukan aktiviti berbasikal ini sebagai salah satu aktiviti riadah. Namun, mungkin ada segelintir daripada anda yang tidak sempat melakukan aktiviti ini kerana kekangan masa dan sibuk dengan jadual seharian yang padat.

Kalau anda nak tahu, aktiviti berbasikal ini mampu menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya pada bahagian bahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh yang menarik seperti yang anda idamkan. Jadi, pada anda yang nak kurus langsing perlulah mengayuh basikal setiap hari!

Bukan itu saja, aktiviti berbasikal juga mempunyai banyak manfaat yang lainnya. Nak tahu? Jom kita semak!

1. Mengurangkan risiko sakit kronik

Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung kita. Ini kerana, ketika berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan meningkat dan akan membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi. Keadaan ini akan membantu jantung berdegup dengan lebih baik secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Bagus kan?

Menurut kajian British Medical Association, aktiviti berbasikal amat sesuai diamalkan oleh pengidap bronchitis dan asma kerana ia berkeupayaan dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Selain itu, berbasikal juga turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah, bagi anda yang mengalami masalah insomnia juga dapat diatasi kerana berbasikal mampu meningkatkan kualiti tidur.

2. Merawat artritis

Jika dibandingkan dengan aktiviti lain, berbasikal tidak akan memberi tekanan kepada sendi atau tulang rawan kita. Sebaliknya, ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan tersebut.

Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

3. Mengurangkan kadar kolesterol

Apabila anda mula mengayuh basikal, ia akan melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul sekaligus amat efektif dalam menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Anda perlu mengayuh basikal sebanyak 3 kali seminggu selama 1 jam dan ia mampu menurunkan paras kolesterol.

Foto: On the go

4. Memperbaiki mood

Kalau anda nak tahu, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekaligus akan mengusir keluar segala perasaan negatif terutamanya stress yang ada dalam diri kita.

Rembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon malah ia akan menjadikan diri anda lebih positif dalam menjalani kehidupan seharian.

5. Menguatkan tulang

Kalau nak tulang anda kuat dan sihat, anda perlu lakukan aktiviti berbasikal ini setiap hari! Ini kerana, berbasikal dapat membantu menguatkan tulang termasuklah tulang belakang.

Kajian juga ada menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila menginjak usia tua.  Bagi kanak-kanak pula, berbasikal amat digalakkan kerana ia mampu menguatkan kaki mereka.

6. Merehatkan minda

Kalau anda rasa tepu dengan bebanan kerja yang tak pernah habis, anda boleh legakannya dengan melakukan aktiviti berbasikal. Ini kerana, ia amat berkesan untuk merehatkan minda terutamanya jika anda berbasikal pada awal pagi atau lewat malam.

Udara segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran dan dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi anda.

Foto: Beach Riding

7. Menikmati keindahan alam

Waktu berbasikal adalah saat yang terbaik untuk menikmati keindahan alam. Anda boleh memilih destinasi perjalanan berbasikal yang anda sukai di samping dapat mengabadikan saat-saat indah bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Ini akan membuatkan aktiviti berbasikal anda lebih menggembirakan dan bermakna.

8. Mengeratkan silaturrahim

Aktiviti berbasikal ini boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga anda. Jika anda seorang yang busy bekerja setiap hari, anda boleh manfaatkan hujung minggu dengan melakukan aktiviti bermanfaat iaitu berbasikal bersama keluarga.

Bukan itu saja, anda boleh mengajak rakan-rakan ataupun menyertai mana-mana kumpulan basikal untuk melakukan aktiviti ini bersama. Semakin jauh kayuhan anda, semakin erat hubungan anda dengan mereka!

So, mulai sekarang anda boleh jadikan aktiviti berbasikal ini sebagai hobi anda yang perlu dilakukan setiap hari.

Pada anda yang nak ikuti aktiviti berbasikal yang lebih happening, anda bolehlah join kejohanan berbasikal C-Cycle Challenge 2018 anjuran New Straits Times (NST) dengan kerjasama EcoWorld pada 23 September ini!

Acara awesome ini, akan diadakan di Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor yang akan menjanjikan keseronokan yang luar biasa, lebih adventure serta pengalaman yang cukup bermakna bagi anda yang menyertainya.

Lebih menarik lagi, anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37, 000 serta cabutan bertuah berjumlah RM49, 000! Gempak gila!

Jadi, tunggu apa lagi, jom daftarkan diri anda secara online di www.nst.com.my/c-cycle sekarang hingga 24 Ogos ini. Jangan lepaskan peluang ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 29 May 2019
Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Fri, 21 Oct 2022
Acara Fri, 21 Dec 2018

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Karnival Upin & Ipin 2018 ini akan berlangsung sehingga 23 Disember 2018.

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.

Acara Sun, 30 Jan 2022

Raja Muda Selangor Bantu Usahawan Belia Melebarkan Sayap Ke Pasaran Antarabangsa

Program SAY ASPIRE anjuran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan […]

Acara Fri, 9 Aug 2019

Penangan siri jelajah ABPBH 32, Komtar JBCC berubah menjadi lautan manusia

Dari pagi sampai petang, penonton tak berganjak!

Acara Fri, 5 Oct 2018

The Strongest Pink Bukti Keprihatinan Sofearose Terhadap Pejuang Kanser

Ini masanya untuk anda tunjukkan tanda sokongan anda kepada kempen Pinktober!

error: Content is protected !!