Featured By: Ad Ops August 13, 2018 @ 9:14pm

10 Wanita Malaysia Berjaya Di Peringkat Antarabangsa Yang Anda Mungkin Tak Kenal

Malaysia telah lahirkan ramai wanita yang memberi inspirasi kepada kita dengan pencapaian yang mengagumkan, tak kiralah dalam bidang sukan, hiburan, perniagaan ataupun eksekutif. 

Kejayaan di peringkat kebangsaan pun dah kira bagus, tapi kalau di peringkat antarabangsa pula, lagilah awesome. Patut diberi tabik hormat!

Dengan melihat hasil titik peluh mereka, kita yang biasa-biasa ini pun mesti akan teringin untuk ikuti jejak langkah mereka dalam meninggalkan impak di persada dunia.

Sempena Hari Kebangsaan yang akan tiba hujung bulan ini, Hijab & Heels lampirkan senarai 10 wanita Malaysia yang telah harumkan nama negara dengan pencapaian mereka di tahap global.

Kegigihan, keberanian serta kerja keras mereka memang patut diketengahkan, dengan harapan yang anak muda di negara kita akan ingin sama-sama berjaya seperti mereka.

1. Kwen Liew

Berasal dari Ipoh, dialah chef wanita Malaysia pertama yang dianugerahkan bintang Michelin!

Tak tahu betapa pentingnya anugerah pengiktirafkan ini? Bintang Michelin adalah seperti sebuah anugerah Pulitzer Prize kepada seorang penulis dan pingat emas Olimpik kepada seorang atlet. Penting oo!

Kwen Liew adalah pemilik salah satu daripada 57 restoran yang dianugerahkan bintang Michelin pertama dalam 2018 Michelin Guide France pada Februari lalu.

Dia juga merupakan salah satu daripada dua chef wanita yang menerima pengiktirafkan tersebut. Wow! Bukan senang untuk kaum wanita berjaya dalam industri yang didominasi oleh lelaki.

Menurut Agence France-Presse (AFP), chef wanita merangkumi tak sampai 5% daripada kesemua chef berbintang Michelin dari seluruh dunia. Sikitnya! 

Kwen Liew berkata wanita perlu buktikan yang mereka dua kali ganda lebih bagus daripada chef lelaki supaya tukang masak lain akan dengar cakap mereka. Untuk selesaikan masalah itu, Kwen Liew pun berlagak macam seorang lelaki di dapur. Wow, girl power!

2. Dr. Amalina Bakri

Ingat tak lagi dulu pada tahun 2004, apabila seorang pelajar perempuan ini menggemparkan seluruh Malaysia dengan keputusan SPMnya? 17A1! 17A1 ya, bukan 4A1 dan 13A2! Bagi penulis 8A2 pun payah!

Ekoran kejayaannya, dia dapat sambungkan pengajiannya overseas (Cheltenham Ladies College, Harvard Medical School, University of Edinburgh, University of Cambridge). Kini, dia tengah training untuk menjadi seorang pakar bedah payudara yang sah.

Sejak tahun lepas, kalau anda perasan, Amalina selalu dilihat memberi komen dalam media sosial tentang “ubat-ubat ajaib” yang contohnya boleh tambahkan ketinggian si pemakan. Dia kan seorang doktor? Baik ikut cakap dia daripada individu-individu yang kita tak tahu pun ada kelulusan atau tak dalam bidang perubatan.

Walaupun dia seorang doktor, Amalina tidak lupa tentang minatnya dalam fesyen. Jika anda tengok Instagramnya, anda akan faham. Tak semestinya seorang doktor itu kena nampak nerdy, okay?

3. Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar

Orang lain semua pilih nak jadi doktor, lawyer ataupun jurutera. Tapi anak kelahiran Muar ini memilih bidang astronomy kerana mendapat inspirasi daripada filem Apollo 13 dan Armageddon ketika dia masih kecil.

Dan tahun lalu, dia merupakan salah seorang daripada pasukan pengkaji di UK yang menemui kewujudan lohong hitam di sebuah galaksi yang terletak lebih kurang 38 juta lightyear jauhnya dari bumi. Fuyo!

Untuk “mencari” supermassive black hole ini, mereka telah menggunakan sebuah teleskop canggih milik NASA (National Aeronautics and Space Administrations) untuk fokus kepada galaksi tersebut.

Setelah menerima ijazah PhD dalam jurusan astrophysics, wanita berumur 28 tahun ini telah pulang ke tanah air untuk berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tak mustahil untuk jadi ahli astronomi yang berjaya!

4. Dr. Soo Wincci

 

My Second Master Graduation from my dream school @berkleevalenciacampus what’s different for this time is that I Am Alone By Myself in Spain but thank you for all the wishes online, I need to go to the graduation hall now =) will post more pics later for u all ! 我的第二个硕士毕业典礼,这次不同的是一个人在西班牙,感谢大家的祝福, 好了要进场了,待会再分享我的毕业照片吧! Konvo Utk Master Ke 2 Wincci drp sekolah idaman Wincci @berkleevalenciacampus , kali ni seorang kat Spain, jutaan penghargaan atas ucapan drp anda semua , Wincci kena pergi ke dewan dah, nanti akan post lebih gambar ! #MasterInMusicProductionTechnology&Innovation #MPTI #Graduation #Inwinccible #InwinccibleMusic #Inwinccible360 #Berklee #BerkleeValencia #Valencia #Spain #Convo

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Jangan main-main. Rata-rata orang ramai sekurang-kurangnya ada 1 degree dalam bidang pengajian yang dipilih. 

Penyanyi, pelakon dan bekas ratu cantik ini bukan hanya ada 1 degree, tapi juga 2 Masters, dan 1 PhD! Gigih betul!

Dia telah mengambil jurusan undang-undang di University of Reading. Dia juga merupakan pemegang ijazah MBA dari University Of Sunshine Coast dan PhD dalam Business Administration dari Open University Malaysia.

Tahun lepas, dia menerima jemputan untuk meneruskan pengajiannya oleh sekolah muzik terkenal, Berklee College Of Music di kampus Sepanyolnya. Setelah study di situ selama setahun, dia akhirnya graduate Julai lalu.

Wincci juga telah disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang ada PhD.

Tengok? Kalau anda minat bidang seni, tak salah untuk anda teruskan pengajian ke peringkat tinggi.

5. Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim

Foto: Purdue Uni

Wanita ini juga telah bekerja dengan NASA tapi berkaitan dengan satelit. Pada 2014, warga Penang ini telah menjadi anak Malaysia pertama untuk lancarkan satelit ke angkasa. 

Bukan itu saja! Dia juga telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai pasukan seramai 28 orang saintis, ahli teknologi dan jurutera dalam operasi astrobiologi pertama NASA yang bertujuan untuk mengkaji apakah respons sel hidup terhadap ketiadaan graviti.

Sebelum semua ini, dia hanyalah seorang jurutera elektrik di Universiti Of Minnesota. Kerana ingin tahu, dia volunteer untuk kerja di makmal, iaitu mencuci kepingan gelas untuk mikroskop. Tapi kerja remeh inilah yang bawa dirinya ke NASA.

“Niat saya adalah untuk belajar tapi kerana hasil kerja saya bagus, mereka mula beri bayaran serta pelbagai peluang, sampai seorang profesor mengesyorkan saya buat PhD dalam biomedicine,” kata Amani yang kini seorang pensyarah di International Islamic University Malaysia (IIUM).

Dia juga telah dianugerahkan Thora Halstead “Young Investigator” award untuk sumbangannya kepada kajian angkasa lepas dan graviti. Wah, kagumnya!

6. Mejar Patricia Yapp Syau Yin

Foto: The Star

Belajar tinggi-tinggi, sampai capai bintang. Bagi flight instructor dari Sandakan, Sabah Patricia Yapp Syau Yin, langit itulah taman permainannya.

Jika anda tak kenal, dialah juruterbang wanita pertama dari Asia untuk memandu pesawat pejuang MiG-29N. Dari Asia, okay, bukan di Malaysia saja! Dia juga wanita Malaysia pertama yang lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1997.

Pada mulanya, dia ingin ceburi bidang penerbangan tapi ibu bapanya tak benarkan, jadi dia mengambil kursus undang-undang. Kerana tiada minat, dia secara senyap-senyap telah daftarkan diri dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) dan terpilih. Ibu bapanya terpaksalah mengalah.

Sejak itu, dia dah pun lengkapi training penerbangannya, memandu pesawat pejuang untuk 4 tahun, menjadi ketua juruterbang taktik dan operasi, serta membuat persembahan aerobatik di acara-acara kapal terbang.

Secara keseluruhannya dia telah berkhidmat untuk RMAF selama 21 tahun. Memang patutlah dia dipilih sebagai salah seorang ikon Negaraku pada tahun lepas.

7. Kiki Poh

Foto: Kiki Poh

Orang-orang yang bekerja dalam bidang seni boleh bekerja di mana-mana saja, kerana bidang itu universal.

Untuk itu, pakar animasi dari Johor, Kiki Poh telah melebarkan sayapnya ke Amerika untuk bekerja dengan syarikat animasi ternama di sana. Bukan calang-calang syarikat, okay, tapi Pixar Animation Studios!

Dia kini bekerja sebagai pengarah teknikal untuk segmen Shading dan Grooming. Antara filem yang Kiki pernah kerjakan adalah The Incredibles 2, Toy Story 3, Cars 3, Inside Out, Finding Dory dan Monsters University.

Wah, syoknya kalau dapat menyumbang kepada filem-filem kegemaran ramai orang dari serata dunia!

8. Sabariah Hussein

Foto: Dave Sidaway/Montreal Gazette

Dikenali sebagai Mother Teresa Malaysia ataupun Sister Sabriah, wanita berumur 71 tahun ini memang patut dicontohi kerana dia tak henti-henti membantu orang lain walaupun dia tak diberi ganjaran wang.

Tahun lepas, dia masuk berita apabila dia dilaporkan telah memasak untuk 200 orang sehari pada bulan puasa di Montreal, Kanada, tidak kira bangsa, agama atau jantina. Dia juga menjadikan rumahnya sebagai sebuah rumah perlindungan untuk wanita. Semuanya secara sukarela! 

Dia juga bekerja dengan sebuah badan bukan kerajaan untuk membantu membina sebuah rumah anak yatim untuk golongan Rohingya. Mulianya hati wanita ini!

Dia telah berhijrah ke Kanada 30 tahun lalu untuk bekerja sebagai seorang guru pendidikan khas. Aktiviti beramalnya bermula 18 tahun lalu setelah dia melihat kaum wanita kelaparan dan meminta makanan di tepi jalan.

Sister Sabriah terus popular sangat hingga perdana menteri Kanada yang handsome, Justin Trudeau, ingin berjumpa dengannya. Tapi dia terpaksa menolak kerana terlalu busy dengan kerja sukarelanya. Wah! Kalau anda, sanggup lepaskan peluang itu?

9. Tan Hooi Ling

Foto: Facebook Profiles of Singapore

Dulu MyTeksi. Lepas itu GrabTaxi. Kini, Grab. Sekarang ini hampir semua orang pernah menggunakan servis e-hailing ini. Order saja, kereta atau teksi akan sampai.

Tan Hooi Ling bersama rakan perniagaannya telah menubuhkan syarikat ini, yang kini merupakan bisnes e-hailing paling ternama di Asia Tenggara. Ia beroperasi dalam 7 negara dan dalam 60 buah bandar.

Inspirasinya datang dari pengalaman Hooi Ling sendiri di mana dia susah nak dapatkan servis teksi untuk perjalanan sehariannya.

Duo ini telah mengeluarkan idea di mana seseorang penumpang teksi itu boleh mempercayai pemandu yang mereka terima. Bukan saja ia berfaedah dari segi keselamatan, malah ia juga menyenangkan mereka yang bergerak sendiri atau pada lewat malam.

10. Anita Yusof

Semua orang bercita-cita untuk mengelilingi dunia. Anita Yusof berjaya buat demikian, tapi bukan dengan menaiki kapal terbang macam orang lain.

Wanita berumur 51 tahun ini mencipta rekod Asia Book Of Records sebagai wanita pertama yang keliling dunia dengan menunggang motosikal secara solo. Merentasi 40 buah negara dan 4 buah benua bermula daripada Amerika Syarikat pada September 2015 hingga ke Malaysia pada September 2016, perjalanan Anita merangkumi 65,369 km.

Ibu kepada 2 orang anak ini membuktikan yang usia hanyalah satu nombor yang tak patut jadi penghalang kepada apa jua cita-cita.

Secara kesimpulannya, Hijab & Heels harap ikon-ikon wanita ini anda akan sedikit sebanyak berikan kepada anda inspirasi untuk terus maju dalam hidup dan kejar impian anda. Tiada apa yang mustahil!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

Sumber: SCMP, MOHEMalaysiakini, The Star, Montreal Gazette, Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Oct 2023

[VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Moga Syaikhul & Sumayyah always happy❤️❤️❤️

Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 20 Apr 2021

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi. Jenazah Allahyarham […]

Acara Thu, 25 Jul 2019