Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom August 26, 2018 @ 12:00pm

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Festival GegaRia 2018 #KitaPunya is back! dan selepas beberapa bulan berehat acara itu kembali menggegar dan kali ini diadakan di Tapak Letak Kereta, Istana Kehakiman Putrajaya pada 31 Ogos dan 1 September 2018 (Jumaat & Sabtu).

Apa yang korang paling excited bila mengunjungi Festival GegaRia 2018 atau GegaRia Fest?

Memang susah hendak buat pilihan bukan? apatah lagi keenam-enam zon yang diperkenalkan iaitu Gegaria Makan-Makan, Gegaria Throwback Tunnel, Gegaria Gaya Hidup, Gegaria Komuniti, Gegaria e-Games dan Gegaria Permainan Tradisional, memang layan habis dan memberikan keseronokan sepanjang hari.

So rugi jika tidak mengunjungi keenam-enam zon dan lebih merugikan lagi jika anda terlepas menonton Konsert GegaRia #KitaPunya pada 1 September 2018, Sabtu bermula pada pukul 9 malam yang membariskan nama-nama besar iaitu kumpulan Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Foto: Sensasi Selebriti

Foto: Harian Metro

Foto: Berita Harian

Foto: Twitter

Foto: NSTP/Halimaton Saadiah

Can’t wait to sing along with Misha Omar yang sedang hit dengan single terbarunya Sampai Bila. Sebagaimana yang anda tahu lagu ini dipilih sebagai lagu tema drama rantaian trending baru-baru ini, Jangan Benci Cintaku.

Mahukan sesuatu yang lebih energetik, persiapkan diri anda untuk berdansa bersama Stacy yang akan menyampaikan beberapa lagu hit beliau.

Pulang dengan perasaan puas, semestinya harus menonton persembahan Faizal Tahir yang sering saja dramatik selain layan beat-beat muzik menyegarkan dari Bunkface dan Kugiran Masdo yang bakal merangsang adrenalin anda.

Jadi jangan lupa save the date  dan ramai-ramai datang membanjiri Konsert #GegaRia yang berlangsung jam 9 malam pada 1 September ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Festival GegaRia boleh didapati di laman Facebook, @gogegaria atau Instagram @gogegaria

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Wed, 18 Jul 2018

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Lensa kamera turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.

Acara Thu, 7 Jun 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Anda wajib kunjungi Festival Anggun Life di Johor Bahru!

Acara Mon, 16 Mar 2026

Kukuhkan Jalinan Komuniti, Ambil Berkat Ramadan Santuni Golongan Memerlukan

Bulan Ramadan sentiasa hadir dengan roh kebersamaan yang mengajak masyarakat untuk saling mendekati, berkongsi rezeki dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dalam suasana penuh keberkatan ini, pelbagai inisiatif digerakkan bagi menyemarakkan nilai kasih sayang, […]

Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

error: Content is protected !!