Acara By: Ad Ops September 6, 2018 @ 3:30pm

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Tanggal 25 Ogos lalu menyaksikan tirai undian bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 31 dibuka kepada umum.

Tatkala ini, rata-rata peminat selebriti tanah air mula berganding bahu dan bersemangat gigih mengundi artis kesayangan mereka.

Bahang undian bagi edisi kali ini juga semakin hangat di mana pelbagai cara digunakan untuk meraih undi termasuklah melancarkan perang poster di laman media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Foto: Instagram #abpbh31

Foto: Instagram #abpbh31

Di sini dapat dilihat kesungguhan serta betapa setianya peminat-peminat ini mengundi artis yang dicalonkan sekaligus ingin melihat artis kesayangan mereka memegang takhta Bintang Paling Popular BH ke-31.

Foto: Instagram #abpbh31

Foto: Instagram #abpbh31

Foto: Instagram #abpbh31

Menerusi #abpbh31 di laman Instagram, dapat dilihat poster dengan wajah artis serta kategori pencalonan mereka mula bertebaran. Wany Hasrita, Neelofa, Khai Bahar, Fattah Amin, Fazura, Mira Filzah dan Janna Nick merupakan antara nama-nama yang dilihat mendominasi perang poster di Instagram. Malah, di Instagram @abpbh31 juga menyaksikan video-video artis yang tercalon menggesa peminat mereka untuk mengundi.

Foto: Instagram #abpbh31

Kuasa Undi Di Tangan Peminat

Jika sebelum ini undian ABPBH boleh dilakukan menerusi platform media cetak iaitu akhbar Berita Harian, namun berkuat kuasa tahun lepas iaitu edisi ABPBH 3.0, pengundi kini hanya boleh mengundi melalui platform digital iaitu laman web www.abpbh.com.my.

Antara yang menyambut baik perubahan undian secara digital ini ialah kelab peminat Janna Nick (JNFC) yang dikenali sebagai Janna Nicker. Menurut wakil Janna Nicker yang dikenali sebagai Ayuni, perubahan ini disambut baik oleh peminat-peminat Janna Nick apatah lagi platform tersebut lebih mudah dan cepat.

Foto: Instagram #abpbh31

“Kalau sebelum ini undian ABPBH dibuat melalui media cetak, kami sebagai ahli kelab peminat memang sepakat untuk membeli surat khabar dan mengundi artis pilihan kami.

Namun, sejak pengundian dibuat secara digital, jadi ia lebih senang. Tambahan pula kini ramai yang menggunakan smartphone, jadi, memang mudah nak undi, hanya klik saja link dan terus undi.”

Ditanya mengenai perang poster yang kini rancak di media sosial, Ayuni yang turut bertindak sebagai admin bagi akaun media sosial JNFC menganggap ia merupakan satu persaingan dan perkembangan yang sihat di kalangan peminat industri seni tempatan serta industri media digital di negara ini.

“Sejak tarikh pengundian dibuka, kami setiap hari akan mengingatkan sesama ahli untuk mengundi. Bila lihat kelab peminat artis-artis lain post poster artis mereka, ia membuatkan kami rasa tercabar dan lebih bersemangat untuk membuat lebih banyak poster agar muka artis kesayangan kami sentiasa muncul di timeline,” ujarnya yang berharap Janna Nick dapat merangkul trofi ABHBH 31.

“Sudah semestinya setiap kelab peminat mahu artis kesayangan mereka menang. Saya mendoakan agar Janna Nick dapat merangkul setiap anugerah dalam kategori yang namanya dicalonkan. Kami sebagai kelab peminat sudah sehabis baik berusaha untuknya.

Namun, jika anugerah tersebut bukan miliknya, kami sebagai FC akan sentiasa menyokong perjalanan seni Janna. Menang atau kalah adat pertandingan, apa yang penting sokongan kami terhadap Janna tidak akan luntur sama sekali,” tuturnya.

Selain Janna Nick, pemegang trofi Anugerah Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 3.0, Khai Bahar juga mempunyai barisan jentera peminat yang sangat kuat. Apa sahaja anugerah yang membabitkan undian, pasti jejaka berusia 24 tahun ini akan menyapu bersih!

Menurut Naib Presiden kelab peminat, Khai Bahar Empire (KBE), Dr Farah, salah satu resipi rahsia kejayaan artis kesayangan mereka ini ialah ahli-ahli KBE bagaikan satu keluarga dan akan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap karier seni Khai.

“Sempena ABPBH edisi kali ini, KBE berganding bahu dan telah cuba sedaya upaya dengan segala cara undian. Kami akan kerah ahli-ahli untuk mengundi setiap hari. Kami juga rajin mempromosikan poster di media sosial dan up banyak-banyak poster selagi boleh,” ujarnya sambil mengulas mengenai perang poster di media sosial.

“Perang poster merupakan satu persaingan yang sihat. Ia adalah strategi promosi untuk menggalakkan peminat untuk mengundi artis kesayangan mereka. Ia juga bertindak seperti reminder untuk peminat-peminat supaya mengundi dan jangan leka,” tuturnya yang berharap Khai dapat mempertahankan kemenangannya untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular BH ke-31? Dan sejauh manakah perang poster ini efektif dalam memberi kemenangan kepada artis kesayangan mereka? Sama-sama kita nantikan malam kemuncak ABPBH 31 pada 7 Oktober 2018 jam 9.00 malam.

Terus layari www.abpbh.com.my untuk mengundi artis kesayangan anda serta mengetahui perkembangan lanjut mengenai industri hiburan tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Wed, 24 May 2023

Didakwa Keluar Rumah Selepas Bersalin 10 Hari, Ini Penjelasan Emma Maembong

Baik betul Emma ni.. sanggup datang sokong Zizan!

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Fri, 27 Apr 2018

Kencing Di Dalam Kolam Renang Bukan Saja Jijik Tapi Boleh Mudaratkan Diri Sendiri

Pasti ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥