Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin September 10, 2018 @ 12:00pm

6 Mitos ‘Scaling Gigi’. Tolong Jangan Percaya!

Adakah anda pernah melakukan scaling gigi? Scaling merupakan proses pembersihan karang gigi yang sepatutnya dilakukan setiap 6 bulan sekali. 

Kalau anda nak tahu, karang gigi yang tidak dibersihkan akan memudahkan bakteria menempel pada gigi anda sekaligus menimbulkan karies gigi. Keadaan ini juga akan menyebabkan gigi cepat berlubang sehinggalah timbulnya masalah gigi yang serius.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak mementingkan scaling gigi ini kerana merasakan dengan menggosok gigi setiap hari sudah memadai. 

Foto: Doktor Medan

Ada juga yang percaya ‘bulat-bulat’ mitos tentang scaling gigi. Nak tahu antara mitos-mitos scaling gigi ini, jom kita semak sama-sama! 

1. Scaling menyebabkan gigi jarang

Scaling TIDAK meenjadikan gigi anda jarang. Sebaliknya, ruang yang tinggal adalah disebabkan anda telah menyingkirkan karang gigi. Ruang tersebut akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.

2. Scaling menjadikan gigi nipis

Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis. Jangan salah faham ya!

3. Scaling menjadikan gigi sensitif

Apabila gigi anda terlalu banyak karang gigi, gusi semakin susut. Ini akan menyebabkan akar gigi TERDEDAH dan gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi dan memulihkan gusi supaya tidak lagi rasa sensitif.

4. Scaling menyebabkan gigi bergoyang

TIDAK benar ya! Sebenarnya, sokongan kepada gigi oleh gusi telah berkurang apabila terbentuknya karang gigi yang tebal.

Semakin lama, semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling dan akhirnya gigi bergoyang. Tapi, apabila anda melakukan scaling, gusi anda boleh kembali pulih.

5. Scaling untuk putihkan gigi

Jangan salah faham ya, untuk putihkan gigi namanya ‘whitening‘. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walau bagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling. 

6. Sudah berus gigi 2 kali, tidak perlu scaling lagi 

Mitos ini juga kurang tepat. Walaupun anda sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, anda perlu periksa gigi dahulu, kemudian barulah doktor boleh nilai perlukan scaling ataupun tidak.

Dah jelas sekarang kan? Jadi, lakukanlah pemeriksaan gigi anda untuk mengetahui tahap kebersihannya. Mulakan rutin pemeriksaan gigi 6 bulan sekali agar gigi anda kekal sihat!

Sumber: Twitter 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Nov 2018

Ini Penjelasan Saintifik Mengapa Menguap Boleh Berjangkit!

Cuba menguap sekarang sebelah rakan anda, boleh berjangkit atau tidak?

Featured Tue, 10 Sep 2019

Rawatan pergigian yang cepat dan tidak menyakitkan

Air polishing, spa gigi yang cepat dan selesa!

Featured Wed, 5 Feb 2020

Kurus sepantas kilat, senaman ini wajib cuba!

Turun lebih 4 kilogram dalam masa sebulan

Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.

Featured Tue, 27 Nov 2018

Boleh Licinkan Kulit Wajah, Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu ‘Acne Diet’

Pemakanan anda sangat berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada wajah.

Sihat Wed, 25 Jul 2018

Awas! Troli, Alat Permainan & Tempat Duduk Antara Punca Virus HFMD

Salah satu punca jangkitan adalah dari pemegang troli dan alat permainan yang terdapat di pasaraya.

Sihat Wed, 8 Jul 2020
Sihat Mon, 14 Oct 2019

Deria pendengaran rosak akibat penggunaan fon telinga?

Ketahui cara mencegah daripada berlaku!

Sihat Sun, 17 Mar 2019

Anak kerap sakit? Ini punca utamanya

Ibu bapa perlu lebih prihatin!

Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

error: Content is protected !!