Acara By: Ad Ops September 14, 2018 @ 2:00pm

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Viu, peneraju perkhidmatan video OTT serantau dan Media Prima Television Networks (MPTN) mengumumkan kerjasama di mana, Media Prima akan menyiarkan sebagai permulaan, tiga drama asli Viu,‘Salon’, ’Jibril’ dan ‘The Bridge’ untuk pasaran Malaysia pada 2018.

Menariknya, ia merupakan kali pertama jenama OTT serantau bekerjasama dengan penyiar TV terbesar Malaysia dari segi kandungan yang disiarkan pada hari yang sama.

“Ini merupakan kaedah berbeza sama sekali di dalam industri hiburan di mana wujudnya pengertian salah bahawa OTT mahu mencabar industri TV. Sebaliknya, kami menyaksikan sinergi tulen antara audiens TV dan digital di Malaysia. Ia didayakan hari ini menerusi saluran digital yang begitu padat sambungannya yang juga merangkumi pengguna besar TV yang disiar percuma.

Kami benar-benar menghargai kolaborasi dengan Media Prima, peneraju penyiaran di Malaysia, yang akan mendapat manfaat dari Viu yang membawa kandungan format antarabangsa dan drama premium Melayu kepada audiens mereka tahun ini,’’ kata Kingsley Warner, Pengurus Besar bagi Vuclip Malaysia.

“Konsep kerjasama dengan Viu timbul apabila kami mengetahui penonton kami memintakan kandungan asli yang khusus kepada Malaysia, dan pada masa sama mengekalkan kualiti tinggi. Kami percaya perkongsian ini akan membangunkan lebih banyak drama terkemuka seperti Nur di TV3.

Di samping itu, kami memiliki misi untuk meraih capaian digital yang disasar tinggi menerusi platform Viu dan menyediakan bilangan besar penduduk Malaysia dengan kandungan berkualiti tinggi menerusi perkongsian ini,’’ kata Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.

“Selain daripada menarik audiens baharu, ini adalah langkah hebat dalam memberi ganjaran kepada audiens setia kami yang telah sentiasa bersama kami sekian lama,’’ tambah beliau.

Salon

Kisahnya bermula dengan Anna membuka Salon baharu yang pantas menjadi bualan warga kota KL. Anna memiliki sejarah hitam silam dan memiliki misi untuk menjejak pembunuh yang membunuh anggota keluarganya beberapa tahun sebelum itu dan mahu menuntut keadilan mengikut caranya sendiri dengan melakukan pembunuhan dalam mencapai matlamatnya.

Filem arahan Kabir Bhatia ini bakal diterbitkan oleh Monsoon Pictures. Salon dibintangi oleh Julia Farhana, Idris Khan dan Iman Corinne ini bakal disiarkan bermula 17 September 2018.

Jibril

Jibril diterbitkan oleh Konda Kondi Studios, dibintangi Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy, dan akan diarahkan oleh Megat Sharizal. Ia mengisahkan seorang peguam yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri. Drama ini akan menemui penonton bermula 22 Oktober 2018.

The Bridge

Viu bekerjasama dengan rakan kongsi lamanya, Double Vision, untuk menerbitkan rancangan 10 episod adaptasi fenomena global yang diberikan sentuhan tempatan, The Bridge, lakonan Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff. The Bridge akan diarahkan oleh TJ Lee. Ia mengisahkan satu mayat ditemui di sempadan dua negara, Malaysia dan Singapura, memaksakan penyiasat kedua-dua negara menjalin kerjasama untuk menyelesaikan kes tersebut.

Ini adalah format berlesen dari syarikat pengedaran antarabangsa, Endemol Shine Group. The Bridge (Bron/Broen) asalnya dicipta dan ditulis oleh Hans Rosenfeldt sebagai produksi bersama Filmlance International dari Sweden, sebahagian daripada Endemol Shine Group dan Nimbus Film dari Denmark.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan ketiga-tiga drama asli tersebut yang dijadualkan untuk penyiaran menerusi saluran NTV7 Media Prima dan saluran Viu pada setiap Isnin dan Selasa jam 10.00 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 10 Feb 2020
Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

Acara Tue, 19 Nov 2019

Dekorasi kreatif serikan sajian perayaan Hari Natal Hilton PJ

Aneka hidangan tradisi menanti pengunjung

Acara Fri, 24 May 2019
Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Fri, 21 Dec 2018

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Karnival Upin & Ipin 2018 ini akan berlangsung sehingga 23 Disember 2018.

Acara Mon, 11 Dec 2023
Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur