Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 16, 2018 @ 10:28am

Adakah Anda Memiliki 10 Ciri Ini? Jika Ada, Sah Anda Drama Queen!

Hidup memang penuh drama. Tapi ada juga manusia yang hobinya mencipta episod-episod drama dalam kehidupannya.

Masalah yang kecil boleh diselesaikan secara internal tetapi sengaja diperbesar-besarkan selain suka membabitkan orang dalam masalahnya yang tidak seberapa.

Individu yang mempunyai ciri-ciri sebegini, gelaran layak diberikan kepada mereka adalah ‘drama queen‘. Misi dalam hidup mereka tidak lain tidak bukan mahu diberi perhatian juga menjadi perhatian!

Katakanlah dalam satu pertemuan besar, kawannya lebih menjadi perhatian,  si drama queen cepat-cepat susun skrip sedih or whatsoever agar semua mata dan telinga tertumpu kepadanya.

Orang sebegini jangka hayat persahabatan mahupun perhubungan selalunya tidak lama kerana membuatkan orang sekeliling berasa mual dan loya di samping mereka!

Adakah anda memiliki ciri-ciri 10 di bawah, let’s check it out!

Foto: Monster

1.Pastikan diri kamu menjadi perhatian orang ramai tidak kira ke mana kamu pergi.

2. Sikap kamu yang suka mengadu buatkan kamu cukup dikenali di beberapa restoran yang sering dikunjungi. Jika dah tahu restoran itu masakannya tidak sedap dan servis lambat, kenapa masih ke situ lagi?

3. Update status di laman sosial setiap tiga minit tentang mood atau aktiviti kamu; Lima minit lalu, “Masa untuk mandi!”. Tiga minit kemudian, “Air panas sangat pula!” Semua benda pun nak beritahu.

4. Teman lelaki tidak menjawab panggilan telefon dan WhatsApp kamu. Sebagai balasan, kamu meninggalkan 300 missed calls kepadanya.

5. Bila kamu buat teman baik kecil hati, kamu akan periksa akaun media sosialnya setiap tiga minit. Mungkinkah dia akan komen tentangmu atau meluahkan perasaannya di situ?

6. Prinsip kamu dalam hubungan; Melakukan perkara yang mengecilkan hati teman lelaki adalah perkara biasa. Tapi jika dia buat begitu, kamu terus minta putus tanpa perlu ada sebarang perbincangan atau sesi pujuk-memujuk.

7. Memuat naik gambar selfie dalam media sosial dengan kapsyen: “Kenapalah nak dengki, apa salah saya. I’m too naive.” Kemudian nantikan 1,000 komen pujian daripada followers kamu.

8. Berpura-pura baik dengan rakan sekerjamu itu tapi hakikatnya, di belakang dia, kamu mengutuk, mengeji, mengumpat dan semuanyalah!

9. Sukakan pujian daripada orang sekeliling dan menganggap teman kamu tidak patut terima pujian walaupun kerjanya lebih baik daripadamu.

10. Kamu perasan orang sekeliling mula menjauhimu, lebih-lebih lagi teman baik yang telah bersama kamu selama 10 tahun!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Sep 2018

Sila ‘Nangis’ Banyak Kali Kalau Nak Dapatkan Manfaat Ini

Air mata mengandungi cairan lysozyme yang mampu membunuh bakteria hingga 59%.

Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Featured Mon, 24 Dec 2018
Gaya Hidup Thu, 17 Oct 2019

Jurufoto ini guna benda biasa sebagai aksesori, hasilnya menakjubkan!

Anda tidak perlu beli peralatan mahal-mahal!

Gaya Hidup Tue, 11 Mar 2025
Gaya Hidup Wed, 20 Feb 2019

Kajian terkini dapati hubungan cinta boleh lindungi anda daripada dijangkiti demam selesema

Orang yang dilamun cinta didapati mempunyai sistem imuniti lebih kuat

Featured Tue, 20 Dec 2022

Jawab Q&A Session, Naufal Isa Kongsi Erti Sahabat Sejati – “Walaupun Jauh Kita Masih Doakan Dia”

Pempengaruh, Naufal Isa yang sering muncul dengan kandungan motivasi menjelaskan erti sahabat sebenar. @naufal.isa Sahabat ni,melengkapkan. Bukannya saling mencari kesalahan. Sahabat ini juga bukan soal sejauh mana sempurnanya kita. Tetapi soal sejauh mana kita saling […]

Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Featured Thu, 12 May 2022
error: Content is protected !!