Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 14, 2020 @ 10:00pm

Kebebasan yang dinikmati tidak mustahil akan ditamatkan jika rakyat tidak patuh arahan

Tindakan undang-undang sudah mula diambil apabila fasa nasihat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada Selasa lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa khas kabinet dan pihak berkuasa sudah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang melanggar peraturan SOP yang ditetapkan Kerajaan.

PKPB mungkin ditarik balik

Kredit gambar: Projek MM

“Tindakan undang-undang sudah mula diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semalam PDRM telah menahan seramai 10 individu atas kesalahan melanggar SOP. Pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan undang-undang atas mana-mana individu yang tidak mematuhi SOP yang disediakan.

“Saya perlu mengingatkan supaya rakyat mematuhi setiap peraturan dan SOP yang disediakan Kerajaan,” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKPB di Putrajaya pada Rabu.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ismail Sabri berkata, walaupun kelonggaran diberikan ketika ini, rakyat perlu terus mematuhi peraturan kerana jika kes jangkitan kembali meningkat, tidak mustahil PKPB akan ditamatkan dan PKP akan berkuat kuasa semula.

Kredit gambar: I Love Borneo

Katanya lagi, apa yang berlaku hari ini mungkin berbeza dengan apa yang berlaku semalam kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Kerajaan adalah bergantung pada situasi semasa dan data yang diperolehi oleh Kerajaan.

“Jika kita lihat banyak negara di dunia seperti Korea Selatan, Jerman dan China yang membuka negara mereka, tetapi apabila sesuatu situasi berlaku menyebabkan mereka perlu menutupnya semulanya.

“Berita semalam melaporkan Arab Saudi walaupun sebelum ini menutup sepenuhnya negara mereka, tetapi semalam telah diumumkan, Hari Raya di sana perintah berkurung selama 24 jam berkuat kuasa selama 5 hari bermula 23 Mei hingga 27 Mei. Kita mungkin bernasib baik kerana ada sedikit kelonggaran.

Kredit gambar: Info Rakyat

“Sebab itulah saya katakan bahawa setiap kebebasan yang diberi kepada rakyat, kita kena ambilnya dengan penuh tanggungjawab untuk menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat. Sebab itu pematuhan kepada PKP amat penting sekali. Kawalan kendiri amat penting dan kalau kita ingin terus kekal seperti ini (PKPB), kita perlulah mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

“Walau bagaimanapun, kita juga mesti bersedia jika situasi berubah dan data menunjukkan kenaikan mendadak, berkemungkinan PKPB tidak boleh diteruskan dan PKP akan dikenakan semula. Oleh itu, segala kebebasan yang dinikmati mungkin akan ditamatkan, jadi tepuk dada, tanya selera, keputusan adalah di tangan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Dec 2021

“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur tindakan anaknya, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf kerana bimbang usianya tidak panjang. Susulan hantaran Aliff di Instagram pada Rabu memaklumkan dia dimasukkan ke hospital kerana […]

Featured Wed, 8 Jun 2022
Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Terkejut min! 🤣 Macam macam lah president TikTok kita ni laju je ikut trend ek

error: Content is protected !!