Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin December 24, 2018 @ 1:00pm

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Penulis percaya, anda pasti mengalami situasi ‘menunggu’ yang lama apabila ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kan?

Kalau pergi ke klinik-klinik swasta memanglah cepat tapi, bayarannya memang boleh dikatakan mahal jugalah bagi mereka yang mungkin tidak berkemampuan!

Menurut perkongsian oleh seorang Pegawai Perubatan Kecemasan, Dr. Asmi Syabil, faktor utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan, yang mana rawatan tersebut boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar. Antaranya seperti:

  • Demam
  • Batuk
  • Selsema
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal badan
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Pening
  • Sakit kepala

Jadi, sekiranya anda mengalami sakit-sakit seperti di atas, tak perlu pergi ke hospital kerajaan. Anda boleh saja membeli ubat-ubatan yang sering diberikan oleh doktor di farmasi berdekatan. Kecuali, jika anda betul-betul berada dalam tahap kecemasan barulah rujuk ke hospital ya!

Melalui posting Dr. Asmi juga telah berkongsikan beberapa jenis ubat yang perlu anda simpan di rumah dan boleh dimakan ketika ada berasa tidak sihat. Jom semak!

1. Paracetamol 500mg (Panadol)

Penulis yakin, anda semua kenal jenis ubat ini kan? Ia boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan : 2 biji (sekali makan) tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari.

2. Loratadine 10mg

Ubat ini adalah dalam kategori antihistamin yang sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya resdung. Dos disyorkan adalah 1 biji sekali sehari.

3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Bagi anda yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat jenis ini kan? Untuk pengetahuan anda, ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk. Elakkan pemanduan atau mengendalikan mesin bagi anda yang bekerja sekiranya mengambil ubat ini. Dos disyorkan adalah 1 biji, 3 kali sehari.

4. Diclofenac sodium 50mg (Voltoren)

Ubat ini adalah untuk tahan sakit atau radang. Ia sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut walaupun sudah menggunakan paracetamol.

Dos yang disyorkan adalah 1 biji, 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu. Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastrik.

5. Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)

Ubat ini adalah untuk gejala seperti loya dan muntah dan boleh digunakan ketika mengalami migraine. Biasanya, bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan. Dos disyorkan adalah 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

6. Buscopan 10mg

Jenis ubat ini pula untuk mengurangkan sakit perut terutamanya yang memula-mulas atau kekejangan perut dan sakit batu karang. Dos disyorkan adalah 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Ubat ini biasanya digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamannya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastrik dan juga GERD. Ubat ini bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut. Dos disyorkan adalah 1 biji, 2 kali sehari. 

8. Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)

Ubat ini untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan. Dos disyorkan adalah 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

9. Activated charcoal 250mg

Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit. Dos disyorkan adalah 1 biji, 3 kali sehari.

10. Oral Rehydration Salt (ORS)

Sebenarnya, badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. Garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

Jadi, ORS ini sering disarankan oleh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

11. Mist magnesium trisilicate (MMT)

Ubat ini sama fungsinya seperti Gaviscon yang selalu anda lihat di kaca televisyen! Ubat ini bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati akibat daripada ketidakhadaman.

Anda perlu ambil ubat ini sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas mengambil ubat ini. Dos disyorkan adalah 15 ml, 3 kali sehari.

12. Breacol – Cough syrup

Ubat ini untuk melegakan batuk dan ia boleh didapati di mana-mana saja farmasi.

Kan senang kalau dah ada simpan semua jenis ubat-ubat ini, bila rasa sakit tak perlu pergi ke hospital. Anda juga perlu peka jika mengalami alahan apabila mengambil ubat-ubatan yang telah disenaraikan ini segeralah berjumpa doktor!

Sumber: Dr. Asmi Syabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2020

Bekas wartawan kini pengusaha katering berjaya, ini resipi kejayaannya

Kongsi panduan jatuh bangun dalam perniagaan

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Mon, 6 Oct 2025
Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Featured Sun, 11 Nov 2018

Ingin Tahu Kenapa Orang Jepun Panjang Umur Dan Kurang Berpenyakit? Ini Jawapannya!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga meminta masyarakat Malaysia untuk menjadikan orang Jepun sebagai contoh dalam kehidupan seharian.

Featured Thu, 15 Dec 2022

Brunch With Women Talk Berbicara Hal Memperkasakan Wanita

Brunch With Women Talk perkasa hal wanita!

Featured Wed, 13 Jun 2018

Iklan Raya Media Prima Yang Menampilkan Faizal Tahir Gerenti Akan Menyentuh Hati Anda

Dah tengok ke belum? Kalau anda tak rasa sebak, tak tahulah.

error: Content is protected !!