Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 28, 2019 @ 12:00pm

Cara memilih gaya tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda

Semua wanita pasti mahu kelihatan cantik. Tetapi mungkin kita memerlukan lebih banyak masa untuk mengenal pasti gaya mana yang paling sesuai dengan rupa keseluruhan anda.

Bukan sahaja dari segi pakaian, tetapi gaya hijab juga perlu diberi perhatian serius.

Sama seperti potongan rambut dan reka bentuk cermin mata, cara memilih gaya tudung yang bersesuaian bergantung pada bentuk muka anda. Berdasarkan bentuk muka itu anda boleh tahu ciri-ciri muka yang mana patut diserlahkan.

Di bawah ini ada enam bentuk muka dan gaya pemakaian tudung yang bersesuaian.

1. Bujur

Foto: Instagram Imane Asry (@fashionwithfaith)

Bentuk muka bujur adalah panjang dan mempunyai tulang pipi yang menonjol serta dagu yang tirus. Bentuk muka inilah yang paling universal dan sempurna kerana boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya.

Gaya yang sesuai

Lilitkan kain tudung di sekeliling muka dan boleh dibiarkan longgar. Pilihan lain adalah dengan mengikatnya ketat di bawah dagu. Jika anda memilih gaya ketat, pastikan ia tak berlipat di tepi supaya muka anda tidak nampak pendek dan bulat.

Jika anda berdahi bulat, gunakan anak tudung yang ada “awning”.

2. Panjang

Foto: Instagram Mariah Idrissi (@mariahidrissi)

Bentuk muka ini sama seperti muka bujur, tetapi ia lebih memanjang di bahagian dahi dan/atau dagu.

Gaya yang sesuai

Tambahkan “isi padu” di atas kepala untuk mengimbangi bentuk panjang muka anda. Dengan menambahkan bentuk V di tengah-tengah dahi, ia akan menyerlahkan dagu dan menambahkan simetri kepada rupa keseluruhan anda.

Tambahkan lipatan di bawah tulang pipi untuk mewujudkan bentuk hijab yang elegan.

Tip: Gaya hijab jenis turban memang sesuai!

3. Bulat

Foto: Instagram Habiba Da Silva (@lifelongpercussion)

Jika anda mempunyai bentuk muka ini, ia bermakna saiz muka dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan adalah sama.

Gaya yang sesuai

Gaya terbaik untuk menyerikan bentuk muka ini ialah gaya longgar, kerana ia akan membingkaikan muka anda dengan sempurna.

Penambahan lipatan longgar pada bahagian tulang pipi akan menyerlahkan lagi muka anda dan menekankan ciri-cirinya. Ia juga akan menambahkan tekstur dan kurangkan rupa bulat.

4. Petak

 

 

Foto: Stylo.ID / Paper Magazine

Selalunya, kelebaran kepala, tulang pipi dan rahang adalah sama pada muka yang petak. Memandangkan anda mempunyai bentuk rahang yang ketara, gaya yang menyerlahkannya adaalah terbaik untuk anda.

Gaya yang sesuai

Bagi mendapatkan bentuk muka yang nampak bujur, anda boleh gunakan gaya lilitan longgar, ataupun tambahkan lipatan di tulang pipi untuk memberi bentuk. Apa saja pun boleh!

Jika anda inginkan rupa yang feminin, ikat dengan longgar di bawah dagu.

5. Hati

Foto: Instagram Leena Asad (@withloveleena)

Muka berbentuk hati secara amnya mempunyai bahagian tulang pipi agak lebar, manakala dagunya tirus. Jadi, bentuknya memang macam hati! Selebriti terkenal dengan bentuk muka ini ialah Reese Witherspoon.

Gaya yang sesuai

Memandangkan muka anda mempunyai banyak struktur, anda perlukan gaya yang menyerlahkan sebanyak mana muka anda yang mungkin.

Gaya lilitan longgar atau ketat, kedua-duanya amat sesuai, tetapi pastikan bahagian atasnya tajam. Penambahan lipatan di bawah tulang pipi akan serlahkan lagi muka anda.

6. Berlian (Diamond)

Foto: Instagram Yasemin Kanar (@YazTheSpaz89)

Dalam keenam-enam bentuk muka, yang inilah yang paling jarang ada. Ia melibatkan ciri-ciri muka yang bersegi serta struktur tulang yang kuat. Ia dikira versi panjang bagi bentuk muka hati.

Gaya yang sesuai

Anda boleh gunakan apa juga gaya, tetapi jangan tambahkan lipatan di tepi. Biarkan ia lurus dan kemas.

Sumber: Female

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Featured Wed, 18 Dec 2019

3 tip untuk berjaya sebagai seorang jurusolek

“Otai” ini bongkar kesilapan lazim jurusolek lakukan

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018
Oh Lawa Thu, 11 Jan 2018

Jenis Kasut Untuk Wanita Rendah

Terdapat banyak pilihan kasut di pasaran, namun tidak semua kasut sesuai untuk wanita yang memiliki saiz badan rendah. Tapi, ia bukan penghalang untuk seseorang wanita rendah itu dalam mengekspresikan fesyen serta tampil bergaya. Apa yang […]

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

8 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kecantikan, No. 8 Memang Tak Sangka!

Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

error: Content is protected !!