Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 28, 2019 @ 10:00am

Ariana berjaya rampas takhta Selena Gomez sebagai wanita dengan jumlah pengikut Instagram teramai

Penyanyi kecil molek dari Amerika Syarikat, Ariana Grande, berjaya mengalahkan Selena Gomez sebagai wanita yang paling diikuti di Instagram.

Setakat ini, Ariana sudah pun meraih 146.5 juta pengikut, manakala jumlah pengikut bagi penyanyi dan pelakon Selena pula adalah seramai 146.3 juta.

Sebelum ini, Selena merupakan individu yang paling diikuti di laman media sosial berkenaan.

Beliau berjaya mempertahankan gelarannya itu selama dua tahun, hinggalah Oktober tahun lalu apabila bintang bola sepak Cristiano Ronaldo mengambil alih tempatnya.

Kini, Cristiano masih memegang rekod itu dengan 156.1 juta pengikut.

Berbalik kepada Ariana, baru-baru ini beliau juga berjaya memecahkan satu lagi rekod. Kali ini menerusi lagu terbaharunya iaitu 7 Rings,” “Break Up with Your Girlfriend, I’m Bored,” dan “Thank U, Next”. Ariana berjaya meraih tempat pertama, kedua dan ketiga di carta terkemuka Billboard 100 pada satu masa. Hebat!

Sebelum ini rekod itu dipegang oleh kumpulan dari Britain, The Beatles.

Menerusi satu entri di Instagram, Ariana mengaku pertama kali melihat carta itu beliau tertawa kerana menyangka peminatnya telah membuat suntingan ke atas carta yang sebenar.

“Saya betul-betul ingat ini hanyalah satu gurauan. Saya amat berterima kasih kepada anda semua di atas banyak sebab. Pertama kali sejak The Beatles, ya? (Dan pertama kali untuk artis solo?).

“Sukar untuk saya percaya berita ini. Terima kasih kerana mencipta sejarah dengan saya, dan membuatkan saya rasa dihargai. Saya sangat sayangkan kamu, sampai bila-bila,” tulisnya.

Tahniah, Ariana! Adakah anda seorang daripada peminatnya?

Sumber: People

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Tue, 10 Dec 2019
Featured Mon, 27 Apr 2020
Gaya Hidup Wed, 30 Jan 2019

5 cara untuk mengetahui lebihan makanan anda tidak lagi selamat untuk dimakan

Walaupun idisimpan di dalam peti sejuk, tidak semestinya ia boleh tahan lama.

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Nicole Kidman dilarang menghadiri perkahwinan anak lelakinya oleh bekas suami, Tom Cruise

Semuanya kerana Nicole Kidman tidak mempunyai haluan agama yang sama dengan Tom Cruise.

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

20 Tip Mudah Untuk Hilangkan KG Dalam 10 Hari

Laman web Stylecraze memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

25 Pekerjaan Dengan Gaji Paling Masyuk Di Malaysia, Cecah Lima Angka!

Demand Planning Manager merupakan kerjaya makan gaji dengan bayaran paling tinggi, wow!

error: Content is protected !!