Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 27, 2018 @ 9:09am

Cabaran Anuar Zain Berdepan BCL Dan Yuka

Anuar Zain bukanlah nama yang asing buat peminat-peminatnya di Malaysia atau antarabangsa. Namun, penyanyi dengan vokal yang cukup padu ini mengakui bahawa, beliau kini berdepan dengan cabaran untuk mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan bersama Bunga Citra Lestari (BCL) dan Yuka Karisma.

Bagi penyanyi A-List ini, dia dan dua lagi penyanyi yang popular di negara Indonesia itu perlu memilih lagu mengikut kesesuaian vokal mereka memandangkan ini adalah kali pertama mereka bekerjasama. 

“Memang tidak dinafikan saya, BCL, dan Yuka sukar untuk mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan secara trio. Ini pula kali pertama kami bekerjasama di atas satu pentas dan konsert yang besar. Lagu itu perlu mengikut kesesuaian vokal kami bertiga. Tidak boleh ikut suka pilih lagu sahaja. Susunan vokal antara kami bertiga kena buat dengan betul supaya persembahan pun dapat dilakukan dengan baik.” Katanya

 

Pada konsert itu nanti, Anuar Zain akan mempersembahkan 5 buah lagu popular beliau dan satu lagu baru. BCL pula akan menampilkan kumpulan beliau yang dianggotai oleh enam orang pemuzik. Manakala, Anuar Zain serta Yuka Karisma akan turut diiringi oleh pemuzik temapatan, tiga orang penyanyi latar dan sze Wan sebagai Pengarah Muzik pada konsert itu nanti.

Ketiga-tiga penyanyi popular ini akan mengadakan konsert selama 2 jam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 April bermula pada jam 8.30 malam. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Featured Wed, 16 Feb 2022
Hiburan Mon, 14 Oct 2024

3 Tahun Bersama, Kisah Cinta Alif Hadi & Yasmin Hani Sudah Putus – “Tak Nak Buang Masa, Saya Perlu Move On”

3 tahun tu lama tau 😮‍💨 Doakan yang terbaik untuk Alif & Yasmin 🥹

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Pornografi Musnahkan Minda Saya” – Billie Eilish Akui Mula Menonton Video Lucah Semenjak Usia 11 Tahun

Penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish, 19, mendedahkan mengenai ketagihannya menonton pornografi bermula dari usia 11 tahun. Menurut Billie, perkara itu telah menjejaskan dirinya ketika dia mula berhubungan dengan lelaki. “Saya rasa video lucah adalah memalukan. […]

TECH Mon, 21 May 2018
Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Hiburan Tue, 25 Feb 2020
error: Content is protected !!