Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin March 12, 2019 @ 10:17am

Gadis ini tiru gaya Neelofa dengan helaian bundle sepenuhnya!

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Neelofa sememangnya ikon fesyen tersohor negara ini. Dia tidak pernah gentar mencuba fesyen baharu walaupun sering dikecam oleh netizen.

Tajaan dan jemputan daripada pelbagai organisasi antarabangsa cukup untuk membuktikan Neelofa diiktiraf dari segi gaya dan fesyen yang dipadankan.

Busananya terdiri daripada jenama terkenal antarabangsa seperti Zara, Gucci, Prada, Balenciaga dan banyak lagi. Sukar bagi orang biasa untuk meniru gayanya kerana harganya yang mahal!

femalemag.com.my

Namun begitu, bagi Lily Brahim, seorang instafamous yang juga merupakan peminat bundle tegar, fesyen yang digayakan Neelofa boleh ditiru dengan mudah menggunakan pakaian terpakai. Ia bukan sahaja cantik malah harganya juga murah!

Kedai bundle kebiasaannya menjual pakaian terpakai yang diimport dari seluruh dunia dan dijual dengan harga yang murah. Ia dijual secara longgok dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jika anda tahu menyuai padan pakaian tersebut, anda pasti akan mendapat pujian melambung dari teman!

1. Streetwear dengan sentuhan feminin

Neelofa menggayakan pakaian berjenama terkenal daripada Zara dan tudung Naelofar keluarannya sendiri untuk penggambaran filem ‘Ti Amo Sweetheart: 100 Hari’ bersama Zul Ariffin. Tidak semua orang boleh menggayakan pakaian ini. Bayangkan seluar trek dipadankan dengan kasut tumit tinggi!

Lily Brahim tidak kekok menggayakan pakaian yang serupa dengan yakin tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Kesemuanya adalah daripada pakaian terpakai yang dibeli di kedai bundle.

Foto: Instagram Lily Brahim

2. Gaya fesyen musim bunga

Gaun bercorak flora menampakkan sentuhan Inggeris. Walaupun kelihatan seperti corak langsir, tetapi dengan padanan kasut boot dan tudung keluarannya sendiri berona merah garang, Neelofa kelihatan sungguh bergaya!

Tidak kalah dengan gaya yang disuai padan daripada pakaian terpakai, Lily mengenakan gaun bercorak flora dengan warna yang berlainan tetapi kelihatan anggun.

Bezanya, Neelofa bergandingan dengan Zul Ariffin, pemain gandingannya dalam drama Ti Amo Sweetheart: 100 Hari. Itu sahaja!

Foto: Instagram Lily Brahim dan Neelofa

3. Gaya formal dan anggun

Gaya ini menjadi gaya kegemaran kami! Dengan seluar bercorak kotak-kotak kecil berwarna coklat muda dan baju panas berona merah jambu terang, berserta tudung yang dililit kemas di leher, Neelofa kelihatan sungguh anggun!

Ia sesuai digayakan ketika majlis formal atau ketika makan angin di negara orang. Ia memberikan bayangan seolah-olah anda mempunyai kelas yang tersendiri dan mempunyai kerjaya yang hebat!

Lili berjaya meniru gaya ini tanpa perlu berbelanja lebih! Lihat sahaja gayanya ini.

Foto: Instagram Lily Brahim dan Neelofa

4. Gaya sut yang chic dan ranggi

Jika anda selalu ke kedai bundle, anda pasti akan rambang mata melihat deretan blazer yang murah dan cantik!

Itulah yang dilakukan oleh Lily yang bijak menggayakan seluar bercorak kotak-kotak dengan blazer yang dibelinya bagi meniru Neelofa.

Foto: Instagram Lily Brahim dan Neelofa

Walaupun ia tidaklah sama keseluruhannya, tetapi dengan bajet yang dimiliki, impian untuk kelihatan seperti Neelofa boleh dikatakan sudah tercapai!

Siapa kata anda tidak boleh berfesyen walaupun tidak sekaya Neelofa? Lily Brahim sudah membuktikan bahawa apa yang anda pakai adalah tidak penting tetapi cara anda menggayakannya itu yang membuatkan anda tampak yakin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 5 Dec 2018

Che Ta Kongsi Pantang Larang Yang ‘Haram’ Dibuat Pada Beg Tangan

Penjagaan beg tangan yang rapi akan mengekalkan ‘kecantikannya’!

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Kalau tersalah campur produk boleh rosak kulit!

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Walaupun Dikecam, Koleksi Tudung Neelofa Sold Out Dalam Masa 2 Minit!

Wah! Kuat juga kan pengaruh Neelofa ni? Semalam, kecoh di media sosial apabila dia dikecam Netizen kerana melancarkan koleksi tudungnya Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara iaitu Zouk.

Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

Featured Fri, 25 May 2018

Nak Muka Flawless Macam Izara Aishah? Pelakon Ini Kata Jangan Lakukan Kesilapan Lazim Ini

Anda mungkin tak perasan yang teknik penjagaan kulit muka anda ada kekurangannya.

Oh Lawa Wed, 14 Feb 2018

Teringin Nak Pakai High Heels Tapi Takut Sakit Dan Tak Selesa? Cuba 6 Tips Ini

Wanita-wanita yang pakai kasut bertumit tinggi dengan yakin dan jayanya mesti dicemburui ramai.

Oh Lawa Mon, 13 Aug 2018

Amalan Pupur Kopi Boleh Buat Kulit Anda Nampak Muda, Suka Ke Tidak?

Selepas siap mandi, amalkan pupur kopi ini setiap pagi selama dua minggu.

Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

Mengapa Bedak Merupakan Barangan Wajib Perlu Ada Dalam Handbag Wanita? Ini Alasannya!

Penggunaan bedak memang sudah wujud dari zaman China kuno beberapa abad sebelum Masihi lagi.

error: Content is protected !!