Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 26, 2019 @ 9:00am

Ini risikonya jika anda tidak mencabut selumbar yang tertusuk pada kulit

Laman yang dipenuhi tanaman menghijau pasti mengundang nyaman dan selesa pada mata yang memandang.

Bayangkan ada pohon merimbun menjadikan laman anda teduh dan di satu sudut lain pula ada pelbagai tanaman berbunga yang cantik dan mempesona, namun pada musim tertentu daun gugur dari pohon menjadikan laman anda bersepah dengan daun kering.

Tentunya anda terfikir untuk menyapu daun yang gugur dan pencakar rumput dicapai bagi menyapu laman, tapi tiba-tiba ada selumbar pada batang pencakar yang menusuk tangan tapak tangan anda. Sakitnya bukan kepalang, aduh pedihnya!

Serpihan kayu yang tertusuk pada kulit memang menyakitkan dan jika tidak dicabut dengan segera, ia boleh memudaratkan kesihatan anda!

Jangkitan kuman

Memandangkan batang pencakar rumput diperbuat daripada kayu, selumbarnya membawa bakteria dan kulat. Risikonya lebih tinggi daripada serpihan kaca, plastik atau besi.

Kayu dan duri juga mengandungi minyak semula jadi. Sistem imunisasi badan anda melihatnya sebagai satu ancaman lalu menyebabkan kulit di sekeliling tusukan ini meradang.

Jika anda biarkan duri atau selumbar melekat pada kulit untuk tempoh yang lama (lebih daripada sebulan misalnya), ada potensi untuknya mereput dan merangsang respon daripada sistem imunisasi anda.

Jenis penyakit

Staphylococcus ialah sejenis jangkitan biasa yang dikaitkan dengan selumbar. Petanda anda menghidapnya termasuklah demam, badan terasa sejuk serta garis merah timbul pada bahagian kulit yang tertusuk.

Tetanus pula boleh dijangkiti akibat bakteria merbahaya Clostridium tetani. Ia boleh menyebabkan kekejangan rahang dan otot serta demam.

Sebarang jangkitan yang tidak dirawat boleh merebak dan menyebabkan keracunan darah.

Anda patut tahu juga bahawa apa saja jenis selumbar boleh mendatangkan risiko kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, kadar imuniti yang rendah serta saluran darah  bermasalah.

Langkah penjagaan

Foto: Thrillist

Sepatutnya jika selumbar itu dapat dilihat dengan mata kasar, anda patut cuba sedaya upaya untuk mencabutnya keluar. Pastikan anda menggunakan alat yang bersih.

Sapukan luka itu dengan ubat pembasmi kuman dan kemudian balut dengan plaster untuk mengelakkan berlakunya jangkitan.

Jika selumbar itu terlalu halus, dapatkan khidmat doktor. Sistem imunisasi anda akan berterima kasih dengan tindakan yang dilakukan!

Sumber: Insider, ABC News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 7 May 2019

8 tanda pasangan anda sebenarnya sedang menipu anda

Kejujuran penting dalam setiap hubungan

Gaya Hidup Mon, 12 Nov 2018

Menurut Kajian, Pelajar Malaysia Paling Hormat Kepada Pengetua Berbanding 35 Negara Lain

Rakyat Malaysia memang mempunyai nilai sahsiah yang baik!

Featured Wed, 17 Jan 2018

Tip Diet Efektif

Sudah penat berdiet tetapi berat badan masih tidak berkurangan? Di mana silapnya? Mungkin anda meninggalkan waktu makan tertentu tetapi makan dengan kuantiti yang  banyak apabila berpeluang untuk makan. Fakta membuktikan, pengambilan kalori yang melebihi jumlah […]

Gaya Hidup Mon, 7 May 2018

Fakta Menarik Di Sebalik Infinity Stones Yang Menjadi Rebutan Dalam Karya Avengers: Infinity War

Ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem Avengers: Infinity War yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan Infinity Stones atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekaligus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Jangan Sedap Makan Saja! Ini 5 Jenis Bahan Makanan Lazim Yang Boleh Menambahkan Risiko Kanser

Semakin moden dunia kita hari ini, semakin bertambah penyebab yang boleh mengakibatkan kanser, termasuklah apa yang kita makan setiap hari.

Gaya Hidup Mon, 29 Jun 2020
Featured Mon, 11 Nov 2019
Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Awas! 8 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Guna Microwave

Tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave kerana ia akan membuatkan makanan itu kehilangan khasiatnya.

Featured Sun, 24 May 2020

Rakyat diminta terus patuhi SOP untuk hentikan rantaian COVID-19

Sambut Aidilfitri seperti biasa, namun patuhi peraturan

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2019
error: Content is protected !!