Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 25, 2019 @ 11:00am

6 snek popular tetapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kanak-kanak

Tidak kira tua atau muda, semua orang pasti suka menikmati snek. Selain rasanya yang enak, snek juga mudah didapati menyebabkan ramai yang gemar menikmatinya pada waktu senggang.

Bagaimanapun, kandungannya yang tinggi garam atau gula menyebabkan pengambilannya tidak begitu digalakkan bukan saja dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak kerana metabolisme mereka lebih rendah berbanding golongan dewasa.

Hal ini bermakna jika seorang dewasa dan seorang kanak-kanak melakukan aktiviti bersama-sama, tenaga kanak-kanak berkenaan akan dibakar dengan lebih cepat.

Begitupun, sebagai ibu atau bapa, berhati-hati dengan pengambilan makanan anak anda, lebih-lebih lagi kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Snek untuk si kecil sepatutnya kaya dengan protein dan lemak sihat, bukannya gula, tetapi kebanyakan snek yang popular di pasaran dan yang lazim diberikan kepada kanak-kanak tidak baik untuk kesihatan mereka.

Berikut antara snek yang perlu anda waspada:

1. Dadih

Makanan ini memang kaya dengan probiotik yang bagus untuk perut kanak-kanak, tetapi tidak dinafikan kebanyakan produk dadih (yogurt) di pasaran mengandungi jumlah gula yang tinggi.

Dadih berperisa atau yang dihiasi gula-gula pada bahagian atas boleh dianggap sebagai ais krim ringan!

Sebagai pilihan, berikan anak anda dadih Greek yang mengandungi lebih banyak protein. Bagi menambah rasa manis, tambah madu asli atau buah segar.

2. Snek tenaga

Foto: Parents Magazine

Walaupun dipasarkan sebagai snek mampat yang sihat, kebanyakan produk yang dijual di pasaran dipenuhi dengan kandungan gula.

Sebelum memilih snek tenaga ini, baca dahulu labelnya kerana snek itu mungkin mengandungi karbohidrat yang tinggi. 

Tetapi tidak bermakna snek ini kurang bagus untuk kesihatan kerana anda cuma perlu memeriksa jumlah kandungan gulanya dan alkohol gula seperti xylitol atau maltitol.

3. Bijirin

Bijirin sarapan yang dibuat khas untuk kanak-kanak sebenarnya ialah karbohidrat yang diproses dan tidak mengandungi banyak protein.

Bijirin penuh dan susu tanpa lemak adalah pilihan yang lebih sihat untuk sarapan atau snek. Ia patut dihidang dengan protein seperti telur atau dadih Greek.

4. Snek buah-buahan

Foto: Today Show

Kononnya mengandungi buah-buahan sebenar, tetapi hakikatnya snek buah-buahan (fruit snacks) sama seperti gula-gula! Setiap pek mengandungi 80 hingga 90 kalori, tetapi langsung tidak mengenyangkan.

Snek ini juga mengandungi gula, tetapi tidak seperti snek tenaga, ia tidak mengandungi sebarang protein atau serat untuk menawarkan nutrisi.

Sebaik-baiknya, berikan sahaja anak anda buah-buahan, bukan saja khasiat dapat dinikmati terus, bahkan lebih mengenyangkan.

5. Jus

Walaupun namanya jus buah, sesetengah produk ini boleh mengandungi jumlah kalori dan gula yang sama dengan minuman ringan.

Sememangnya ia amat bermanfaat kerana mengandungi vitamin dan antioksida, tetapi jika anda perah sesuatu buah itu untuk mendapatkan jusnya, anda akan kehilangan seratnya.

Lebih baik anda makan sahaja buah sebenar.

6. Mentega kacang

Foto: Food Revolution Network

Ya, makanan ini juga tersenarai sebagai snek yang kurang berkhasiat. Jika anda peminat mentega kacang, anda patut beli yang organik, iaitu produk mentega kacang yang dilabel sebagai ‘semula jadi’ kaya dengan protein, serat dan lemak yang tidak tepu.

Pilihan yang bagus untuk kanak-kanak ialah mentega badam yang mengandungi lemak sihat, kurang gula dan minyak terhidrogenasi daripada mentega kacang. Mereka mungkin akan menggemari rasanya!

Buat pilihan bijak!

Sumber: Active Kids

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Eat Travel Fri, 5 Oct 2018

Escape Dari Kesibukan Kota Dan Temukan Kedamaiannya Juga Di Dalam Kota

Manfaatkan waktu singkat anda dengan melawati enam lokasi mendamaikan ini.

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Eat Travel Tue, 12 May 2020

Solok ikan, kudapan sihat berbuka puasa dan sahur

Sumber protein yang mudah disediakan, enak pula

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Kini Dah Ada KitKat Berperisa Teh Tarik! Anda Dah Cuba?

KitKat selalu tampil dengan perisa unik dan pelik-pelik, kan?

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

Eat Travel Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!