Sihat By: Yanie Baharom May 24, 2019 @ 9:01pm

Tak rasa lapar walaupun saat berbuka, ini rahsia Yasmin Hani kekal bertenaga dan aktif

Berperwatakan ceria, sentiasa bertenaga dan tidak pernah kering celoteh, pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, kekal aktif sepanjang hari meskipun pada bulan Ramadan.

Selain konsisten mengambil makanan tambahan pada setiap malam, ibu cantik beranak dua yang mesra disapa sebagai Hani ini mengamalkan minuman biji chia ketika bersahur.

“Untuk kekal hidrasi, saya mengambil dua atau tiga gelas penuh air putih yang dicampur biji chia. Biji chia ini bagi mereka yang tidak tahu, rupanya seperti biji selasih. Apabila direndam di dalam air, ia akan mengembang.

“Dengan mengamalkan minuman biji chia selepas makan sahur, ia membuatkan saya tidur dalam keadaan kekenyangan dan tidak berasa lapar sampai petang. Bukan itu saja makan masa berbuka pun tak banyak,” katanya.

Foto: Pinterest

Hani menambah, biji chia mempunyai keupayaan menyimpan air yang bukan sahaja membuatkan perut kenyang bahkan membekalkan tenaga sepanjang hari.

Katanya, perbezaan antara minum air kosong dengan mengambil air putih yang direndam bersama-sama biji chia, dapat membantu mengawal pembuangan air kecil.

“Anda akan membuang air sedikit demi sedikit. Keadaan ini membuatkan badan anda mempunyai bekalan air yang cukup dan kekal bertenaga sepanjang tempoh berpuasa,” katanya.

Kebaikan biji chia  selain membekalkan tenaga dan mengenyangkan, sejumlah pakar perubatan yang mengkajinya mendapati ia berpotensi sebagai rawatan alternatif untuk pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman.

Lapisan agar-agar biji chia yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah selain berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang dan dapat mencegah osteoporosis.

Celepets rai ulang tahun ke-10

Selebriti, Atilia Haron, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Aishah Sinclair dan Daphne Iking pada majlis pelancaran program Malam Amal bersama Celepets di Publika KL.

Sementara itu, Hani bersama teman-teman Celepets yang dibarisi Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Daphne Iking, Atilia Haron, Dynas Mokhtar dan Serena C, meraikan ulang tahun mereka yang ke-10 pada 13 Mei lalu dalam satu majlis dinamakan Malam Amal Bersama Celepets 2019 yang berlangsung di Concourse Publika, manakala jamuan iftar diadakan di WhiteBox, Publika.

Sedikit sejarah mengenai penubuhan Celepets, bermula dengan kumpulan Blackberry Messenger (BBM) pada 2009, tujuh selebriti terkenal tanah air ini sepakat menubuhkan Celebrities With Pet Projects (Celepets) untuk membantu golongan memerlukan.

Menyentuh mengenai sambutan ulang tahun ke-10 Celepets, Aishah berkata, mereka sepakat mahu menjadikannya acara lebih istimewa dan bermakna buat kumpulan itu.

Yasmin (kiri) bersama Daphne Iking (kanan) meraikan anak yatim daripada Pertubuhan Nur Kasih Bistari pada majlis iftar program Malam Amal bersama Celepets di Publika KL.

“Jika sebelum ini kami hanya meraikan golongan asnaf dalam majlis berbuka puasa, kali ini Celepets dengan kerjasama Mompreneur Asia dan Kindness Asia melancarkan program dikenali sebagai Power to Empower (Program mentor Celepets) untuk 10 ibu tunggal terpilih.

“Menerusi program itu, 10 ibu tunggal terbabit akan menghadiri kursus intensif selama tiga bulan untuk mempelajari pelbagai ilmu dalam dunia perniagaan sekali gus membantu mereka mencari sumber pendapatan tetap,” katanya.

Menurut Aishah lagi, idea itu timbul kerana pihaknya mahu golongan ibu tunggal belajar hidup berdikari dengan apa yang mereka pelajari dalam kursus itu nanti.

“Proses pemilihan mencari 10 ibu tunggal yang layak masih lagi diteruskan. Kriteria yang kami cari ialah mereka yang benar-benar berminat dan sanggup memberi komitmen dalam tempoh tiga bulan untuk berjaya sebagai usahawan,” katanya.

Sementara itu, malam amal dan iftar bersama Celepets turut meraikan seramai 40 keluarga iaitu ibu tunggal dan anak masing-masing di bawah lembayung Kindness Malaysia dan seramai 56 anak yatim daripada Pertubuhan Nur Kasih Bestari.

Anak yatim Pertubuhan Nur Kasih Bistari serta ibu tunggal diraikan pada majlis pelancaran program Malam Amal bersama Celepets di Publika KL.

 

Foto:  NSTP/ROHANIS SHUKRI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 22 Oct 2018
Sihat Thu, 6 Sep 2018

Inilah Cara-Cara Paling Sihat Untuk Memasak Telur

Jika anda nak jaga badan, bolehlah ikuti tip ini.

Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Sihat Wed, 3 Oct 2018

Wanita Ini Maut Setelah Minum Jus Buah Buatan Malaysia Yang Mengandungi Steroid Selama 6 Bulan

Itu sebabnya kita tak boleh main minum saja produk-produk pelik ini.

Sihat Wed, 27 Feb 2019

Ikuti 4 langkah urutan refleksologi bagi anda yang sukar tidur

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada tidur yang nyenyak selepas penat bekerja sepanjang hari.

Featured Mon, 27 Aug 2018

Anak Alami Keracunan Makanan? Ini Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Keracunan makanan masih boleh berlaku walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut.

Gaya Hidup Thu, 14 Nov 2019

10 makanan yang tidak patut dimakan ketika perut kosong

Ketahui juga 10 makanan yang selamat untuk dimakan.

Sihat Tue, 29 May 2018

Khasiat Beras Perang Ini Memang Berguna Untuk Kesihatan Anda

Ketahuilah manfaat beras perang yang sangat bagus untuk kesihatan anda!

Sihat Thu, 13 Sep 2018
Sihat Fri, 25 Jan 2019

5 jenis makanan yang perlu dielak untuk dinikmati pada waktu malam

Jika anda ingin menguruskan badan, ikuti panduan ini.