Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie May 31, 2019 @ 11:55pm

Silka Cheras rai 35 Penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah

Tiada yang lebih menggembirakan apabila melihat wajah mulus dan manis tersenyum riang bersama-sama rakan sebaya, berbaris sopan mengambil makanan sambil berbual ceria bercerita mengenai apa saja yang berupaya menggembirakan hari mereka.

Itulah keletah anak-anak daripada Rumah Kasih Nurul Hasanah yang diiringi penjaga rumah berkenaan pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Silka, Cheras, baru-baru ini.

Kakitangan Silka Cheras menyampaikan duit raya kepada anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Acara bermula sejurus solat Maghrib itu diteruskan dengan jamuan yang sangat menyelerakan disediakan oleh pihak hotel seperti rendang ayam, nasi beriani, siput sedut masak lemak, sate, ayam masam manis, sushi, kambing panggang, ikan bakar dan pencuci mulut yang memang digemari ramai iaitu ais krim.

Sepanjang menjamu selera, 35 kanak-kanak itu turut dihiburkan oleh kumpulan penghibur serba boleh yang menamakan diri mereka Kugiran D’Silka terdiri daripada gandingan petugas bahagian Perkemasan, Dapur dan Jabatan Penyelenggaraan Hotel Silka.

Pihak pengurusan Silka Cheras bergambar bersama anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah.

 

Pada majlis itu, kanak-kanak terbabit turut menerima duit raya dan cenderahati daripada pihak pengurusan Silka Cheras dan Silka Maytower yang disampaikan oleh Pengarah Operasi Silka Cheras Kuala Lumpur, Roger Gabriel.

Lebih memeriahkan suasana, beberapa bakat baharu daripada AABP Entertainment antaranya Jay Abdullah, Zairul Nadzwan dan Amir Aliff turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak berkenaan.

Meskipun menginap di rumah penjagaan, kanak-kanak itu tetap tidak dilupakan dengan adanya pihak seperti Silka Cheras yang sentiasa cuba melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab dan kebajikan sosial. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Wed, 26 Sep 2018
Acara Tue, 9 Dec 2025

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara.

Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.

Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

#tilljannah Sun, 11 Sep 2022

Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir, Doa Perkahwinan Kekal Ke Syurga

Lurvee Erra Fazira! Kawan yang baik kan?! ❤️

Acara Fri, 1 Nov 2019

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Pelbagai resipi daripada teh BOH, menarik!

Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

error: Content is protected !!