Eat Travel By: tex_admin September 17, 2019 @ 6:47pm

Percutian terbaik yang boleh dilawati pada Hari Malaysia!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Hari Malaysia diraikan dengan penuh semangat patriotisme setiap tahun oleh masyarakat di negara ini. Ada yang tidak sabar untuk meluangkan masa di rumah dan ada juga yang memperuntukkan masa dengan bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Kebanyakan rakyat Malaysia memilih  bercuti ke tempat yang biasa dikunjungi oleh orang ramai sedangkan terdapat banyak lagi tempat yang boleh diterokai sebenarnya. 

Mengapa tidak mahu berbeza daripada kebiasaan bagi Hari Malaysia pada tahun ini? Ini antara tempat menarik yang boleh dilawati bagi anda yang menginginkan kelainan. 

  1. Telaga Tujuh, Langkawi 

Foto: Lewis

Telaga Tujuh merupakan air terjun yang terbentuk daripada tujuh mata air semula jadi yang mengalir ke tujuh telaga semula jadi berasingan.

Ia mempunyai lebih 600 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke kawasan Telaga Pertama yang menjadi tumpuan utama untuk berkelah, mandi-manda serta melihat panaroma kawasan gunung yang menarik! 

Tempat percutian yang sesuai bagi anda yang mengemari alam semula jadi dan aktiviti sukan lasak. 

2. Pantai Tusan, Sarawak

Foto: Lewis

Pantai Tusan di Bekenu yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Miri dengan pemandangan yang memukau! Pada hujung tahun 2015, seorang jurugambar telah tular dengan gambar fenomena air mata biru di pantai tersebut yang telah menjadi daya tarikan pelancong.  

Selain fenomena tersebut, tarikan lain termasuklah tebing batu di Tanjung Layang-layang yang turut dikenali sebagai ‘Batu Kuda’ bentuknya yang seakan seekor kuda sedang minum serta gua kecil. 

Jika anda menginginkan percutian seakan di Maldives, anda boleh rasainya sekarang yang hanya terletak di Malaysia! 

3. Hutan Royal Belum, Perak

Foto: malaysia.travel

Hutan Royal Belum merupakan hutan simpan yang berusia kira-kira lebih dari 130 juta tahun dan berkeluasan kira-kira lebih 200 ribu hektar.

Terdapat pelbagai aktiviti lasak dan menarik yang boleh dilakukan di sini seperti aktiviti meredah hutan, memancing dan bermandi-manda di air terjun. Anda boleh melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang-jarang dijumpai ataupun yang biasa dilihat. 

4. Titi Eco Farm Resort, Negeri Sembilan

Titi Eco Farm Resort. Foto: hmetro.com

Titi Eco Farm Resort terletak di Negeri Sembilan yang mengambil masa kira-kira 90 minit dari Kuala Lumpur. Ia merupakan tempat percutian yang sesuai untuk seisi keluarga yang ingin menikmati percutian gaya ladang.  

Resort dengan tanah  berkeluasan 40 ekar itu dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Antara aktiviti yang anda berpeluang lakukan ialah menanam sayur-sayuran dan belajar mengenai pertanian organik. 

Selain itu, kanak-kanak dapat pengalaman dengan memberi makan arnab, melihat burung unta dan juga mencuba sayur-sayuran organik mereka. 

5. Bukit Keteri, Perlis

Foto: Lewis

Bukit Keteri yang  terkenal dengan tapak pendakian di kawasan Utara terletak di sebuah kampung di Perlis. Ia mengambil masa selama lima hingga enam jam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke sana. 

Bagi anda yang suka akan pengembaraan, tempat ini amat sesuai untuk anda! Dengan bukit yang mempunyai pendakian berlengkung, pasti akan menjadi satu aktiviti yang mencabar bagi anda. 

Walaupun mendaki bukit adalah satu aktiviti yang mencabar, namun sampai sahaja anda di puncak bukit tersebut, terdapat pemandangan yang memukau dan keindahan matahari terbenam. 

6. Lembah Lenggong, Perak

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Foto: Lewis.

Lembah Lenggong merupakan tempat pelacongan bagi mereka yang mempunyai minat dalam arkeologi. Ia dikenali sebagai salah satu tapak bersejarah di dunia yang mempunyai rangka manusia tertua dan paling lengkap di Asia Tenggara. 

Di sinilah tersimpannya habitat tertua manusia di semenanjung. Selain itu, ia membongkar keindahan kawasan perkampungan penduduk dengan kewujudan desa-desa, dusun buah-buahan dan rimbunan pepohon di kawasan ini.

Selain itu ia mempunyai makanan laut yang lazat terutamanya perut ikan sungai yang pasti akan menaikkan selera anda! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Eat Travel Sat, 9 Jun 2018

Nikmati Kelazatan Butter Chicken Dengan Resipi Mudah Ini

Masakan ini lebih “up” sikit daripada kari ayam biasa.

Eat Travel Thu, 11 Oct 2018

Bermalam Di Tengah Lautan, Seaventures Dive Resort Hotel Pelantar Minyak Memang Awesome!

Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving, lokasi ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati.

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Kaki Selfie? Jom Selfie Banyak-Banyak Di ‘Selfie Museum KL’ Hujung Minggu Ini

Gerenti ‘manis’ Facebook dan Instagram anda bila muat naik foto di muzium ini.

Eat Travel Wed, 13 May 2020

Min House Camp tawar pelbagai aktiviti pelancongan di bawah satu bumbung

Alam semula jadi dimanfaat sepenuhnya di sini

Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Usahawan Ini Kongsi Apa Perkara Yang Best Ada Di Guangzhou, Shenzen & Yiwu!

Perkongsian Che Rose ini, buat hati teruja nak ke China.

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Eat Travel Thu, 16 May 2019