Eat Travel By: tex_admin November 11, 2019 @ 2:48pm

Kebaikan membungkus makanan dengan daun pisang

Oleh Amnan Hibrahim

Sejak dahulu lagi, masyarakat Asia sering menggunakan daun pisang sebagai pembungkus makanan. Di Malaysia umpamanya, antara makanan yang lazim dibungkus menggunakan daun pisang ialah nasi lemak, lemang dan kuih muih tradisional seperti tepung pelita, semua jenis lepat, koci, nagasari, abuk-abuk sagu serta pulut panggang.

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis daun pisang yang digunakan sebagai alas atau pembungkus dalam dunia kulinari tradisional di negara ini seperti daun pisang jenis saba yang lazimnya digunakan untuk membalut kuih muih, daun pisang latundan untuk nasi lemak dan pisang kapas bagi lemang.

Daun pisang juga digunakan dalam proses membakar lemang. Gambar hiasan/Sumber: STR/AHMAD ISMAIL

Pensyarah di Insititut Pengajian Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Melayu, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, berkata penggunaan daun pisang dalam masakan bukan sahaja mempunyai kebaikan semula jadi kepada makanan, malahan turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Dalam artikel yang disiarkan di Malay Mail itu, Ros Mahwati turut berkongsikan beberapa fakta menarik mengenai kebaikan menggunakan daun pisang sebagai alat pembungkusan makanan antaranya meningkatkan aroma dan rasa makanan serta mengekalkan kesegaran makanan yang dihidangkan di atas daun pisang.

Berikut adalah 5 sebab mengapa daun pisang lebih sesuai dijadikan pembungkus makanan:

1. Memperkayakan aroma dan rasa makanan

Kesan aroma daun pisang yang dapat memberikan kelainan dan kesegaran pada juadah makanan bukanlah suatu rahsia lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Hal ini dibuktikan dengan kewujudan beberapa restoran terkenal yang menawarkan perkhidmatan makan dengan beralaskan daun pisang.

Makan beralaskan daun pisang adalah antara servis unik yang disediakan oleh beberapa buah restoran yang terletak di Lembah Klang. Gambar hiasan/Sumber: NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Di samping rasa makanan yang sudah sedia enak, kehadiran daun pisang yang dihidangkan bersama-sama makanan yang masih panas lazimnya akan menambahkan kelazatan makanan berkenaan.

2. Pelindung semula jadi

Sifat semulajadi daun pisang yang mempunyai permukaan berlilin menjadikan ia alat bungkusan yang paling efektif dalam melindungi dan mengekalkan kesegaran makanan panas yang dibungkus.

Daun pisang bukan saja digunakan sebagai alas atau pembungkus makanan, tetapi juga boleh digunakan untuk menutup makanan daripada terdedah.

3. Tiada bahan kimia

Selain itu, daun pisang juga tidak akan menghasilkan sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna seperti yang terjadi pada bungkusan plastik apabila bersentuhan dengan makanan panas.

Kajian menunjukkan bahawa kadar antioksidan yang terdapat pada daun pisang adalah bersamaan dengan daun teh. Antioksidan adalah sejenis bahan yang berperanan dalam melindungi serta memperlahankan proses kerosakan yang berlaku pada makanan.

4. Mesra alam sekitar

Disebabkan oleh sifatnya yang sukar lupus, plastik yang biasa digunakan untuk membungkus makanan akan menjadi bahan yang mencemarkan alam sekitar . Gambar hiasan/ Sumber: STR/ASROL AWANG

Disebabkan sifatnya yang semula jadi, penggunaan daun pisang dalam pembungkusan makanan juga secara tidak langsung menyumbang pada kelestarian alam sekitar.

Hal ini kerana daun pisang adalah bahan yang lebih mudah untuk dilupuskan berbanding bungkusan yang diperbuat daripada plastik. 

5. Lebih murah

Penggunaan daun pisang jauh lebih murah berbanding plastik, justeru penanaman pokok pisang amat digalakkan bagi menggantikan pembungkus plastik. Bukan sahaja daun pisang boleh digunakan, tetapi setiap bahan pada pokok pisang boleh dimanfaatkan. 

Pisang umpamanya boleh dibuat pelbagai makanan, manakala batang pokok pula dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan antaranya batas tanaman untuk sayur-sayuran, pencuci pinggan dan juga makanan seperti kerepek atau makanan haiwan peliharaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Wed, 28 Nov 2018

Dibina Di Shanghai, Hotel Mewah Bawah Tanah Ini Adalah Yang Pertama Di Dunia

Deep Pit Hotel ini sedia untuk ditempah dengan harga yang bermula dari 4,000 yuan (RM2,416.36) semalam.

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Wed, 10 Jun 2020

Nasi dagang Kak Engku penuhi cita rasa selera Pantai Timur

Makan seperti satu keluarga, erat silaturahim

Eat Travel Tue, 13 Nov 2018

Tak Perlu Ke Osaka, Anda Kini Boleh Naiki Keretapi Bertemakan Hello Kitty Di Tokyo!

Jika anda ke Tokyo tak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini ya!

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Eat Travel Tue, 1 Jan 2019

Garis Panduan Ketika Melancong & Menaiki Kapal Terbang Dengan Bayi

Ibu bapa dengan anak kecil perlu ambil tahu demi keselesaannya!

Eat Travel Fri, 18 May 2018
Eat Travel Wed, 6 May 2020