Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar December 19, 2019 @ 5:50pm

Ambil madu setiap pagi bantu turunkan berat badan? Ini caranya

Gambar hiasan: Shutterstock

Madu mempunyai 1,001 khasiat dan penawar bagi pelbagai penyakit, namun kajian oleh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail mendapati madu juga berpotensi untuk mengurangkan berat badan.

Kajian beliau yang menumpukan pada pengambilan madu dalam mengawal obesiti itu membuktikan keberkesanan madu sesuai untuk menurunkan berat badan secara saintifik.

Kejayaan itu membolehkan beliau terpilih antara tiga penerima Anugerah L’Oreal – UNESCO National Fellowship For Women In Science yang diumumkan, baru-baru ini.

Dr Wan Iryani  ketika menerima Anugerah L’Oreal – UNESCO National Fellowship For Women In Science. Gambar UMT

Dr Wan Iryani berkata, beliau mula melakukan kajian terhadap keupayaan khasiat madu sebagai penawar sejak tahun 2010 sebelum terpanggil untuk memfokuskan penyelidikan terhadap kemampuan madu untuk mengawal berat badan.

“Saya melakukan kajian terhadap keberkesanan madu bagi penyakit seperti barah, kencing manis dan kemurungan, namun saya dapati masalah asas bagi semua penyakit ini adalah obesiti.

“Oleh itu, pada 2012 saya mula melakukan penyelidikan dan mendapati cara pengambilan madu yang betul selain menggunakan madu asli yang melalui proses analisa khas, berkesan untuk menurunkan berat badan,” katanya ketika ditemui di Pusat Komunikasi Strategik UMT Putrajaya, baru-baru ini.

Kajian terhadap madu asli membuktikan madu kelulut mampu mengawal obesiti. Gambar UMT. 

Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di UMT melakukan kajian ke atas madu bagi menonjolkan khasiat madu yang digunakan masyarakat sejak ratusan tahun dahulu.

Kajian beliau Can Honey Consumption Control Obesity? A New Notion in Understanding the Mechanism of Action itu diterbitkan dalam beberapa jurnal saintifik sejak tahun 2017, manakala jurnal yang berkaitan diterbitkan sejak 2013.

Menerusi kajian itu, Dr Wan Iryani melakukan uji kaji ke atas kultur sel lemak dengan meletakkan madu asli dan hasilnya beliau mendapati sel berkenaan berkurangan dari segi saiz, selain kandungan lemak di dalam sel juga berkurangan.

Beliau berkata, bagi memastikan penemuan hasil kajian itu tepat beliau turut melakukan uji kaji ke atas tikus dan hasilnya mengesahkan penemuan berkenaan.

“Kajian yang kami lakukan ke atas tikus itu mendapati tikus yang diberi madu asli berkurangan berat badan, manakala kajian plasebo iaitu tikus yang diberi madu tiruan meningkat berat badan.

“Selain itu, kami juga mendapati kandungan kolesterol dan trigliserida (sel lemak dalam darah) juga berkurangan, sekali gus menunjukkan penggunaan madu asli secara betul dan berkala dapat mengurangkan pelbagai penyakit yang disebabkan kolesterol serta lemak,” katanya.

Dr Wan Iryani mendapatkan madu kelulut terus dari sarang labah di hutan untuk kajian yang dijalakan.

Bagi memastikan kajian berkenaan memberikan keputusan yang tepat, Dr Wan Iryani mengambil inisiatif dengan pergi sendiri ke beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi sarang lebah termasuk masuk ke hutan simpan di Tasik Pedu, Kedah untuk mengambil madu terus daripada sarang.

Beliau berkata, berdasarkan kajiannya, terdapat pelbagai jenis madu di Malaysia yang setiap satunya mempunyai khasiat dan rasa yang unik.

“Di Malaysia, madu asli dihasilkan oleh dua jenis lebah iaitu dari lebah madu (lebah) dan lebah kelulut (kelulut). Lebah madu adalah lebah yang menyengat (stinging bee), manakala lebah kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee).

“Dianggarkan ketika ini terdapat 35 spesies kelulut dan 4 spesies lebah di Semenanjung Malaysia dan kira-kira 50 spesies kombinasi kelulut dan lebah di Sabah serta Sarawak,” katanya.

Dr Wan Iryani menunjukkan anugerah dan produk madu kelulut yang diterima daripada L’Oreal – UNESCO National Fellowship For Women In Science ketika ditemui di UMT Putrajaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

Dr Wan Iryani berkata, berdasarkan kajiannya beliau mendapati ramai yang sangsi akan keberkesanan madu sebagai penawar bagi penyakit kerana menggunakan madu tiruan yang sudah dicampur air atau gula.

“Saya berpegang kepada ayat al-Quran yang menyatakan madu itu penawar bagi segala penyakit dan kajian saya ini membuktikan pengambilan madu yang dianalisa khusus dan dengan kaedah pengambilan yang betul dapat menyembuhkan penyakit tertentu.

“Bagaimanapun, pengguna perlu memastikan keaslian madu yang dibeli kerana ketika ini ada banyak madu tiruan yang dijual di pasaran,” katanya.

Beliau berkata, ada tiga cara untuk mengenal pasti madu asli iaitu menerusi deria (sensory evaluation), kit ketulenan dan ujian makmal. 

Selain itu, madu tiruan juga boleh dikenal pasti jika pengamalan madu berkenaan (yang tidak pasti ketulenannya) secara berterusan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah. Jika mengalami keadaan ini, pengguna dinasihatkan menghentikan penggunaan madu berkenaan.

Produk yang dihasilkan UMT berasaskan madu kelulut berjaya mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. Gambar NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

Cara paling mudah bagi orang ramai mengetahui ketulenan madu adalah menerusi deria, iaitu:

1. Warna atau rupa

Madu asli walaupun selepas diproses akan berwarna keruh, manakala madu tiruan yang dicampur air atau gula akan berwarna jernih. Warna keruh itu disebabkan banyak kandungan bahan aktif yang boleh didapati di dalam madu asli seperti debunga, protein, mikrob probiotik dan beberapa bahan yang lain.

2. Bau

Penilaian menggunakan bau agak mudah kerana madu asli berbau sedikit kedesaan iaitu seakan bau harum bunga atau kayu. Madu tiruan pula akan berbau manis seperti karamel.

3. Rasa

Madu tiruan akan mempunyai rasa karamel kerana dicampur gula. Madu asli pula mempunyai rasa yang berbeza mengikut musim. Jika madu itu diambil pada musim bunga, rasanya sedikit manis, manakala pada musim hujan rasanya agak masam. Selain itu jika madu kelulut itu diambil daripada pokok getah, rasanya agak pahit.

Madu asli berkhasiat bagi membantu mengurangkan masalah berkenaan:

1. Mengurangkan berat badan

–           Minum air suam sebelum sarapan

–           Ambil ½ sudu madu kelulut tanpa dicampur air

–           Selepas setengah jam, baru ambil sarapan

2. Batuk

–           Ambil I sudu teh madu kelulut, 3 kali sehari

–           Tiada waktu khusus untuk mengambil madu kelulut bagi tujuan ini

–           Cara lain, campur madu dengan air kunyit (tumbuk kunyit hidup) dan minum apabila perlu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Aug 2025
Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Events Fri, 12 Jun 2026

Himpun 6 Artis Popular Tanah Air, Spotlight KLCC Series Angkat Konsep Konsert Premium

Spotlight KLCC Series bakal dihangatkan dengan persembahan showcase lebih intim

Eat Travel Wed, 10 Jun 2020

Nasi dagang Kak Engku penuhi cita rasa selera Pantai Timur

Makan seperti satu keluarga, erat silaturahim

Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!

Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Sun, 30 Jun 2024
error: Content is protected !!