Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops February 17, 2020 @ 1:25pm

Pizza Hut hantar ‘utusan cinta’ kepada jenama pesaing

Pizza Hut Malaysia meraikan tema cinta dan kasih sayang dengan cara yang penuh kreatif menerusi penghantaran utusan dan nota istimewa kepada jenama restoran saingannya.

Jenama yang sudah bertapak selama 38 tahun di Malaysia itu membuat kejutan romantis dengan menghantar piza khas berbentuk hati iaitu menu edisi terhad terbaharu mereka, Pizza Heart.

pizza heart

Menariknya, sekeping nota ‘cinta’ ringkas dengan ucapan yang unik dan kreatif turut ditinggalkan bersama sekotak Pizza Heart kepada pesaing mereka. Antara restoran pesaing yang dikunjungi ialah A&W, Texas Chicken, Nando’s McDonald’s, KFC, Starbucks dan pesaing utama mereka, Domino’s.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler, usaha itu adalah sebahagian daripada langkah kreatif di bawah kempen terbaharu jenama berkenaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia meraikan perhubungan dan kasih sayang tanpa mengira lawan atau kawan.

“Kami mengambil pendekatan segar di dalam mempromosi Pizza Heart sebagai bingkisan istimewa dalam mengeskpresi rasa cinta dan kasih sayang. Kami menghormati rakan-rakan industri dan para pesaing serta amat menghargai pelanggan-pelanggan setia kami.

“Oleh itu kami amat teruja untuk berkongsi piza berbentuk hati ini bersama mereka sebagai kejutan. Kempen ini bertujuan bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan cinta dengan mereka yang tersayang,” ujarnya.

Disempurnakan dengan penuh kasih sayang, kempen Pizza Heart ini memperlihatkan komitmen Pizza Hut untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya, dengan tema yang bersesuaian mengikut musim-musim tertentu. Berikut adalah antara nota cinta yang ditulis Pizza Hut kepada pesaingnya.

“To our lovely neighbour, Mr Domeeno, greeting from us at Pizza Heart, specially made with love and no hard filling. Let’s spread love!” – (Kehadapan jiranku Domeeno, salam daripada kami di Pizza Heart, diperbuat dengan kasih sayang tanpa ‘hard filling.’ Jom sama-sama sebarkan cinta.)

pizza hut pesaing dominos pizza

Pizza Hut turut mengusik KFC mengenai menu gabungan ayam-piza mereka bersama nota yang ditulis secara berseloroh.

“Dear Kepci, i know you love pizza. But ‘Chizza’ is not Pizza. Here is a Piz’ za Heart with love from us. We belanje.” (Wahai Kepci, I tau you suka piza, tapi ‘Chizza’ tu bukan piza. Terimalah sekeping hati Pizza Heart ini. Kita belanja.)

pizza hut dan kfc

Wah, berani betul kan? Tapi ternyata kempen yang dilakukan jenama berkenaan memang kreatif. Lihat sahaja tulisan yang ditulis Pizza Hut kepada pesaing-pesaing mereka menerusi foto-foto di bawah.

pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing pizza hut hantar nota cinta kepada pesaing

Bagi mereka yang masih belum merasai keenakan menu Pizza Heart, segera ke restoran Pizza Hut berhampiran kerana menu edisi terhad ini boleh dinikmati sehingga 16 Februari 2020 sahaja sementara stok masih ada.

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Mar 2020
Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Saya B40, Tak Layak Salam Datin T20″ – Azza Elite Jawab Dakwaan ‘Tak Semenggah’, Dikritik Sendu… Akui Ada ‘Penyakit’ Rendah Diri

Keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada ketenangan dan kestabilan berbanding mengejar populariti.

Trending Fri, 16 Nov 2018

咖啡族注意!研究:爱喝「这口味」有精神病

咖啡是许多人每日的精神来源,不过现在,你可能要多留意一下大家的喜爱口味了。因为日前就有研究证实,我们对咖啡的喜好,其实代表了「潜在个性」。

Trending Mon, 16 Aug 2021

Monoloque & Kimal Beri Nafas Baharu Lagu Legenda

Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Datuk Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin, dan Habsah Hassan. Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada […]

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!