Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 9, 2020 @ 1:01pm

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) melaporkan sejak perintah duduk di rumah atau kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di kebanyakan negara yang terkesan akibat COVID-19, kes jenayah didapati menurun, namun kes keganasan rumah tangga meningkat dengan ketara.

Kelmarin, kerajaan Australia mengumumkan sejak perintah berkenaan dilaksanakan, carian dalam talian untuk mangsa keganasan rumah tangga di negara itu meningkat 75 peratus, manakala pihak berkuasa di Perancis menyatakan kes keganasan rumah tangga turut meningkat 32 peratus.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menggesa kerajaan di seluruh negara untuk mengutamakan keselamatan wanita dan kanak-kanak sepanjang pelaksanaan perintah berkurung.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres gesa kerajaan tidak pandang remeh kes keganasan rumah tangga terhadap wanita. (Gambar AFP/Angela Weiss)

Katanya, keganasan terhadap wanita dan kesihatan wanita serta kanak-kanak kekal sebagai isu utama terutama apabila berlaku konflik ketenteraan dan kecemasan termasuk penularan wabak seperti COVID-19.

“Keganasan bukan sahaja berlaku di medan perang, tetapi bagi wanita kebanyakannya acaman itu wujud di rumah. Secara umumnya, seorang daripada tiga wanita pernah mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada dilakukan pasangannya mahu pun pemangsa luar,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di PBB, baru-baru ini.

Berdasarkan data yang diperoleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tekanan hidup dan kehilangan sumber pendapatan dikenal pasti antara punca keganasan rumah tangga berlaku.

Selain itu, pelaksanaan PKP juga didapati menyebabkan wanita yang hidup dengan pendera akan terus mengalami penderaan sehingga boleh mengakibat kematian.

Kebanyakan wanita tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan buntuan apabila menghadapi keganasan di rumah. (Gambar hiasan/kredit CNN)

Kesukaran untuk mendapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga atau pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP juga didapati menyebabkan keganasan rumah tangga menjadi isu besar di kebanyakan negara.

Di Turki, misalnya, lebih ramai wanita terbunuh sejak PKP dilaksanakan di negara itu mulai 11 Mac 2020, manakala di India keganasan berasaskan jantina berganda pada minggu pertama PKP dilaksanakan.

Pihak berkuasa di Jingzhou, bandar di wilayah Hubei, China melaporkan jumlah kes keganasan rumah tangga sepanjang Februari 2020 meningkat tiga kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Di Amerika Syarikat, panggilan untuk bantuan dan perkhidmatan dalam talian bagi kes keganasan rumahtangga juga dilaporkan meningkat. Laporan pejabat peguam daerah San Fransisco menunjukkan peningkatan kes keganasan rumah tangga sehingga 60 peratus.

Dalam hubungan itu, WHO menyediakan garis panduan bagi semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat khususnya ahli keluarga untuk memainkan peranan penting dalam mengekang keganasan rumah tangga.

Gambar utama: Kredit HelpGuide

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Mon, 20 Apr 2026

“‘Retis’ Tu Apa? Itu Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni” – Ellie Suriaty

Ellie Suriaty tampil menegur tindakan sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis’ bagi  merujuk kepada penggiat seni tanah air.

Featured Tue, 16 Dec 2025
Featured Mon, 31 Mar 2025

Sharnaaz Ahmad Sebak, Pertama Kali Beraya Tanpa Arwah Ayah – “Tahun Pertama Adalah Tahun Paling Sukar”

Sharnaaz Ahmad sebak kali pertama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran sosok seorang ayah.

Featured Thu, 14 Oct 2021

Dipercayai Dicekik Dengan Tujuan Membunuh, Misteri Kehilangan Influencer Antarabangsa Gabby Petito Semakin Terungkai

Selebriti media sosial antarabangsa popular, Gabby Petito, 22, yang ditemui mati dalam perjalanannya mengembara Amerika Syarikat bersama tunangnya, Brian Laundrie, telah dicekik dan kematiannya telah diklasifikasikan sebagai pembunuhan. Menurut pegawai penyiasat Teton County, Brent Blue […]

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

error: Content is protected !!