Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 17, 2020 @ 1:58pm

Ketahui mengapa si kecil suka mengetap gigi ketika tidur

Tabiat mengacip atau mengetap gigi ketika tidur lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi ada juga segelintir orang dewasa mengalami keadaan berkenaan.

Tabiat berkenaan sering dikaitkab dengan pelbagai tanggapan tidak berasas seperti kanak-kanak berkenaan diganggu syaitan di dalam tidur atau mungkin si kecil terkenang akan sesuatu yang tidak dapat diperoleh dalam kehidupan seharian.

Kedua-dua tanggapan itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan tabiat kacip gigi, sebaliknya dunia perubatan menyediakan penjelasan tersendiri terhadap tingkah laku yang dialami ketika tidur itu.

Jangan pandang remeh bila si kecil anda mengetap gigi ketika tidur – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Berdasarkan blog tulisan Penasihat Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Che Ahmad, tabiat mengetap gigi atau ‘bruxism’ itu berlaku ketika kanak-kanak tidur tanpa disedari.

Katanya, perbuatan berkenaan yang lazimnya membabitkan perbuatan mengetap, mengacip dan juga menggeselkan gigi itu perlu dipandang serius ibu bapa.

“Keadaan ini berlaku disebabkan banyak perkara, antaranya si kecil mungkin berasa tidak selesa dengan kedudukan gigi yang tidak sekata di dalam mulut, oleh itu rasa tidak selesa itu terbawa-bawa ke dalam tidur.

“Selain itu, kanak-kanak itu mungkin mengalami tekanan dalam kehidupan seharian menyebabkan mereka bertindak balas terhadap tekanan dialami dan tanpa mereka sedari mereka mengacip gigi ketika tidur,” katanya.

Orang dewasa juga kadang kala mempunyai tabiat mengetap gigi ketika tidur – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Tabiat kacip gigi itu tidak terbatas kepada kanak-kanak sahaja kerana individu dewasa ada mengalami keadaan yang sama.

Sama ada kanak-kanak atau individu dewasa, selain dua sebab dinyatakan di atas, rasa ngeri terhadap rawatan gigi yang pernah dialami dan posisi tidur yang tidak betul juga boleh menyebabkan kacip gigi berlaku.

Kesan daripada tabiat itu boleh menyebabkan permukaan gigi haus, patah, kesakitan akan berlaku pada bahagian rahang, rahang mengeluarkan bunyi apabila membuka dan menutup mulut serta lebih memburukkan keadaan otot muka akan mengalami kesakitan.

Kanak-kanak juga mengalami tekanan dalam kehidupan seharian dan terbawa-bawa ke dalam tidur, keadaan itu boleh menyebabkan mereka mengalami gangguan seperti mengacip gigi ketika tidur – Gambar hiasan. Foto: NSTP.

Apa yang boleh dilakukan ibu bapa adalah untuk memastikan anak tidak mengalami tekanan dalam aktiviti harian mereka dan bagi individu dewasa, tangani masalah tekanan dengan berkesan dan kurangkan pengambilan alkohol (jika ada mengambil alkohol).

Jika masalah berkenaan masih kerap dialami, langkah terbaik ialah berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 May 2026
Featured Thu, 4 Jun 2026

Fify Azmi ‘Spill The Tea’, Dedah Mesej Perbualan Didakwa Kekasih Dengan ‘Penyondol’ – “Saya Tak Pernah Fikir Kongsi Perkara Macam Ni”

Tindakan pelakon Fify Azmi berkongsi mesej perbualan didakwa kekasihnya bersama wanita lain mencuri perhatian ramai.

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Tue, 4 Apr 2023
Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Events Thu, 20 Feb 2025

Kes B*nuh Zayn Rayyan: Pengasuh Dakwa Dengar Suara Cuba Lepaskan Diri

Pengasuh Zayn Rayyan memaklumkan oerkara itu dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Featured Mon, 30 Jan 2023

Kenang Arwah Suami, BCL Syukur Dicintai Keluarga Mentua – “Kehilangan Ashraf Titik Terendah Dalam Hidup Saya…”

Saat bertemu dengan Ashraf membuatkan saya rasa jauh lebih tenang – BCL 😢 Sayu pula min rasa..

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Featured Fri, 26 Jan 2024
error: Content is protected !!