Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 22, 2020 @ 7:31pm

KKM kesan kluster baharu Pengerang berpunca daripada amalan berkunjung

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu di Pengerang membabitkan 15 kes termasuk beberapa kes di Selangor yang berpunca daripada amalan berkunjung ke rumah saudara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang menetap di Selangor itu berlaku apabila kes indeks merentas negeri untuk mengunjungi ahli keluarganya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Setakat 22 April 2020, kluster ini membabitkan sebanyak 15 kes positif COVID-19  iaitu 10 rakan sekerja dan lima ahli keluarga termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.

“Sebanyak tujuh kes masih di rawat di hospital, manakala lapan kes sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital. Secara keseluruhan tiga kes daripada klutser ini  dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Kluster baharu itu bermula di Pengerang apabila kes indeks 1,508 mula mengalami gejala pada 12 Mac 2020 dan dirawat di klinik swasta pada 16 Mac 2020 tetapi hanya disyaki menghidapi demam denggi.

Hasil siasatan mendapati beliau merentas beberapa negeri untuk mengunjungi sanak saudara di Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac 2020.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 20 Mac 2020 dalam keadaan kritikal dan serterusnya disahkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2020.

Kluster Pengerang itu menyamai subkluster Rembau yang mengakibatkan 53 kes jangkitan positif COVID-19 apabila berlaku aktiviti kunjung mengunjung termasuk melawat rakan yang kurang sihat.

Masyarakat perlu kekal mematuhi PKP bagi mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga khususnya warga emas.  (Gambar hiasan/BERNAMA)

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatkan masyarakat supaya mengambil iktibar daripada kedua-dua kluster itu dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengelak aktiviti kunjung mengunjungi.

Katanya, larangan berkenaan juga membabitkan perjalanan merentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran termasuk majlis kegamaan dan majlis keraian khususnya sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

“KKM khuatir aktiviti seperti ini yang sudah menjadi kelaziman rakyat Malaysia akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID- 19 dalam kalangan ahli keluarga terutama warga emas dan kanak-kanak.

“Umat Islam di negara ini wajar menggunakan peluang pada Ramadan ini untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaaah bersama-sama ahli keluarga di rumah masing-masing,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Eat Travel Sat, 19 May 2018

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Laksa Johor ini unik kerana ia dimakan dengan spageti dan kuah yang pekat.

Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Hiburan Thu, 22 May 2025

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Fattah Amin akui kecewa filem Kulit Wayang tak dapat sambutan

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

Liza Abdullah berpendapat pelakon senior perlu jaga air muka pendatang baru

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Featured Mon, 30 Mar 2020

Beberapa selebriti beramal bantu petugas barisan hadapan

Pelbagai cara dilakukan demi Malaysia

Featured Tue, 10 Jan 2023
error: Content is protected !!