Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 29, 2020 @ 9:49pm

Rakyat dibenarkan bergerak dua orang dalam satu kenderaan

Kerajaan membenarkan pergerakan dua individu dalam satu kenderaan, selain boleh melebihi 10 km dengan tujuan mendapatkan rawatan kesihatan pada pelaksanaan fasa empat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, ketetapan itu hanya membabitkan keperluan untuk membeli makanan dan mendapatkan rawatan perubatan atau kesihatan sahaja.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini. Foto: Harry Salzman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran pergerakan bagi dua individu itu hanya merangkumi ahli keluarga yang tinggal serumah.

“Jika sebelum ini hanya seorang individu dibenarkan dalam satu kenderaan, namun Kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat dengan membolehkan dua individu dalam satu kenderaan.

“Begitu juga dengan pergerakan yang melebihi 10 km yang sudah diwartakan dalam KPK fasa empat ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Kelonggaran berkenaan diberikan Kerajaan berdasarkan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diwartakan, semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei depan.

Peraturan Seksyen 4(1)(a)(ii) juga membenarkan individu yang keluar untuk mendapatkan keperluan makanan, perubatan atau kesihatan dibenarkan keluar dengan ahli keluarga yang tinggal serumah.

PKP4 hanya membenarkan dua individu dalam satu kenderaan – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Ismail Sabri menegaskan, pergerakan melebihi 10 km itu hanya tertakluk kepada lokasi paling dekat bagi tujuan yang dibenarkan sahaja.

“Sekiranya mahu ke klinik contohnya, dibenarkan walaupun melebihi 10 km tetapi perlu memastikan hanya klinik yang terdekat sahaja,” katanya.

Dalam sidang media sama, beliau turut mengulas mengenai dakwaan seorang peguam yang rakayat tidak tertakluk di bawah PKPK kerana Kerajaan tidak mewartakan pelaksanaaan PKP di seluruh negara.

Tegasnya, jika Kerajaan tidak mewartakan PKP, pihak berkuasa tempatan tidak boleh bertindak dan melaksanakan tindakan undang-undang terhadap individu yang ingkar PKP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jan 2026

Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

Netizen menyuarakan harapan agar Noh Salleh tampil membuat versi ‘remake’ lagu ikonik, Kau Mawarku bersama Biduanita Negara itu.

Events Sat, 12 Apr 2025
Featured Mon, 22 Jul 2024

Kongsi Wajah Anak Kedua, Uyaina Arshad Pilih Nama Raja Urayyan Bermaksud Penunjuk Arah Kiblat

Mashaa-Allah, Moga Raja Urayyan jadi anak yang soleh dan memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Featured Mon, 30 Jun 2025

Kes Anak Dir*gol Depan Mata: Ibu, Kekasih Warga Emas Ditahan Polis

seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya.

Featured Thu, 2 Jun 2022
Featured Sat, 4 Feb 2023
error: Content is protected !!