Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie May 12, 2020 @ 3:18pm

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun ini memberi kelonggaran hanya kepada ahli keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama untuk berkumpul meraikan Aidilfitri dengan maksimum 20 orang dalam satu-satu masa.

Oleh itu, tidak mustahil ramai yang membuat perancangan untuk berhari raya berama adik-beradik atau ibu bapa yang tinggal berdekatan, namun tidak bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri.

Bagimanapun, perlu diingat dalam kegembiraan meraikan Aidilfitri, teruskan budaya norma baharu demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Seronok apabila bersua sanak saudara pada hari perayaan, namun jangan lupa amalkan norma baharu – gambar hiasan. Foto: NSTP/Owee Ah Chun

Pastikan juga kebersihan diri dan sanak saudara terdekat terutama golongan berisiko seperti warga tua serta anak kecil tidak diabaikan.

Seperkara lagi yang wajar diberikan penekanan adalah apabila ada anak kecil dalam pertemuan kekeluargaan yang anda rancang itu.

Meskipun berkumpul di rumah saudara sendiri, pastikan si kecil tidak buat perangai seperti merayau atau berjalan sekeliling rumah kerana selain memastikan kebersihan dan keselamatan si kecil, barang atau perhiasan di rumah berkenaan juga tidak terusik atau beralih tempat.

Si kecil akan  mendengar kata sekiranya dididik sejak awal – gambar hiasan. Foto: NSTP/Eizairi Shamsudin.

Maklum sahajalah, si kecil biasanya mempunyai sifat atau naluri ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu benda yang dilihat, mahu dipegang atau tidak mustahil digigit kerana menyangkakan benda berkenaan adalah permainan.

Hijab & Heels berkongsi tiga panduan mudah memastikan si kecil anda tidak membuat kejutan yang mendebarkan pada pertemuan kekeluargaan yang sewajarnya berlangsung dengan aman dan terkawal.

1. Jika ahli keluarga atau adik-beradik mengajak anda menjamu selera juadah hari raya, pastikan ada seseorang ditugaskan mengawal gerak geri si kecil supaya dia tidak menyentuh perhiasan rumah yang mungkin membahayakan dirinya. Boleh juga bergilir dengan pasangan anda.

2. Jika si kecil sudah pandai bercakap dan memahami apa yang anda maksudkan, ajak dia makan bersama dengan anda. Ajarkan dia tatacara di meja makan.

3. Jika ada anak buah sebaya si kecil anda di perjumpaan berkenaan, biarkan mereka bermain bersama-sama kerana pada ketika itulah si kecil berpeluang mengasah kemahiran sosialnya.

Jangan abaikan keselamatan si kecil anda walaupun seronok berhariraya – gambar hiasan. Foto: NSTP/Faiz Anuar.

Tiga panduan mudah itu diharap dapat menjadikan Aidilfitri anda lebih meriah dan bermakna serta pada masa sama, patuhi PKPB dan ikuti prosedur operasi standard (SOP) digariskan Kerajaan supaya semua dalam keadaan selamat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

Uyaina Arshad Nikmati Proses Selepas Bersalin – “I Just Love Lauk Pantang”

Walaupun tengah berpantang, Uyaina tetap berseri!🤩🥰

Featured Sun, 5 Dec 2021

Terpaksa Bermalam Di IKEA Kerana Ribut Salji

Bilik pameran IKEA di Aalborg bertukar menjadi tempat penginapan bagi enam pelanggan dan kira-kira 25 pekerja IKEA akibat terkandas dalam ribut salji yang melanda utara Denmark pada Rabu. Memetik laporan AP News, sehingga 30 sentimeter […]

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu. Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar […]

Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Featured Mon, 16 Apr 2018

Kenali Lelaki Gay, Bukan Dari Cara Pemakaian Mereka Tetapi Bentuk Jari

Sebuah kajian mengatakan bahawa pengecaman untuk memastikan sama ada lelaki itu gay ataupun tidak boleh dilakukan melalui jari-jemari tangannya. Sama ada anda mempercayainya ataupun tidak, kenyataan ini mungkin boleh digunakan pakai apabila mengaitkannya dengan Digit Ratio Theory.

Featured Tue, 22 Oct 2024
familuv Thu, 22 Nov 2018

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Adakah dia sudah sedia untuk tanggungjawab ini?

error: Content is protected !!