Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie May 28, 2020 @ 7:00pm

Uniknya agar-agar kering, muncul setahun sekali

Agar-agar kering berwarna merah, hijau, biru, kuning dan ungu pastinya menarik perhatian penggemar kudapan manis serta berwarna-warni itu.

Dikategorikan sebagai manisan tradisional yang mewah, agar-agar kering mungkin dianggap tidak selari dengan zaman walaupun hakikatnya masih ada individu yang gemar menikmatinya sambil menghirup teh atau kopi panas di anjung rumah.

Mazni mewarisi kepandaian membuat agar-agar daripada ibunya. Foto kredit: Mazni Ab Kadir.

Bagi Mazni Abdul Kadir, meskipun beliau tidak begitu gemar akan rasa manis agar-agar kering, namun demi memenuhi cita rasa ibu yang dikasihi, beliau berusaha belajar dan menyediakan agar-agar bak permata berwarna-warni itu ketika Aidilfitri lalu.

“Agar-agar ini kesukaan emak saya, tidak susah pun untuk membuatnya, tetapi saya yakin tidak ramai orang muda kini yang sanggup untuk menghabiskan masa berhari-hari demi mendapatkan sedulang agar-agar kering.

“Bukan apa, penyediaan agar-agar kering ini menuntut masa yang agak panjang, mungkin sehingga empat atau lima hari bergantung pada cuaca kerana untuk mendapatkan hasil yang sempurna, cuaca panas terik diperlukan,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels.

Agar-agar yang belum dijemur. Foto kredit:  Mazni Ab Kadir.

Agar-agar kering mendapat tempat yang istimewa dalam banyak majlis satu katika dulu khususnya kenduri kesyukuran ataupun majlis pertunangan kerana warnanya yang terang dan ceria itu.

Tidak keterlaluan dikatakan agar-agar kering adalah antara manisan yang paling mudah untuk disediakan, tetapi agak mewah dari segi penyediaan bahan kerana gula yang banyak diperlukan bagi memperoleh hasil yang cantik.

Mazni berkata, beliau bernasib baik kerana Ramadan lalu cuaca agak panas dan memudahkan kerjanya menjemur agar-agar kering untuk dihadiahkan kepada ibunya.

“Kita perlu jemur agar-agar yang sudah dipotong di bawah panas terik mata hari selama tiga hingga empat hari.

“Untuk mengetahui sama ada agar-agar yang dijemur sudah cukup kering atau tidak, lihat serbuk putih yang akan muncul pada agar-agar. Jika serbuk putih seperti kristal sudah kelihatan pada agar-agar, itu tandanya agar-agar sudah cukup kering,” katanya.

Bahan asas untuk membuat agar-agar kering iaitu agar-agar tali, gula batu dan gula biasa. Foto  kredit: Mazni Ab Kadir.

 

Mazni turut berkongsi cara penyediaan agar-agar kering ini dengan Hijab & Heels:

Agar-agar kering

Bahan-bahan:

60 gram agar agar tali
1500 ml air
250 gram gula batu
1500 gram gula
Sedikit garam
Pewarna (penggunaan banyak warna akan menjadikan agar-agar lebih cantik)

Cara penyediaan:

1. Basuh agar agar, kemudian masukkan ke dalam periuk mengandungi air yang sudah dipanaskan.

2. Masak hingga mendidih. Masukkan gula batu dan gula. Biarkan ia mendidih seketika.

3. Apabila sudah sebati, tutup api dan bahagikan kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yang anda pilih.

4. Campurkan dengan pewarna dan biarkan agar-agar mengeras. Apabila keras, potong mengikut kesesuaian dan susun di dalam dulang untuk dijemur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Jul 2023

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

MasyaAlla, moga kita juga tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat💖

Featured Wed, 20 Oct 2021

Gara-gara Cemburu, Lelaki Bunuh Anak Tiri

Seorang lelaki yang dikatakan cemburu bertindak membunuh bekas anak tirinya yang berlaku di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku sedikit pertelingkahan antara suspek dan bekas anak tirinya. Sebelum dibunuh, mangsa ada […]

Featured Sun, 2 May 2021

Menteri Kesihatan Beri Bayangan Bakal Laksana PKP Di 6 Negeri Ini

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kemungkinan bakal dikenakan di negeri-negeri yang menunjukkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak. Memetik laporan New Straits Times,  Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba berkata cadangan itu dikemukakan selepas pandemik COVID-19 […]

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Wed, 17 Feb 2021
Featured Tue, 15 Nov 2022

[VIDEO] “Menangis Britney Spears Dengar” – Kreatifnya! Sajat Tukar Lirik Lagu ‘Toxic’, Ramai Save Buat Ringtone!

Min terhibur lah dengan Sajat ni! Ada je idea dia kan 🤣🤣🤣 Luvv lagu Toxic versi Sajat, tempo sangat tepat ya!

Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Featured Fri, 13 Feb 2026

Sudah Bergelar Mualaf? Keith Foo Enggan ‘Buka Mulut’ – “Biar Ia Jadi Tanda Tanya”

Kata Keith, 43, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada menguar-uarkan mengenai isu tersebut

Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa […]

error: Content is protected !!