Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 2, 2020 @ 11:25am

Pembukaan Taska Seluruh Malaysia Perlu Persetujuan KKM- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami luahan ramai pasangan suami isteri bekerja yang sukar menghantar anak mereka berikutan penutupan tabika dan taska di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Justeru itu, kerajaan membenarkan dan memberi kelonggaran untuk bekerja dari rumah termasuk kepada golongan ibu bapa yang bekerja.

“Kita amat faham masalah dihadapi ibu bapa yang tiada pembantu rumah dan hantar anak ke pusat jagaan atau taska. Tetapi kalau kedua-duanya bekerja memang sukar dan kita sangat faham. Sebab itu kita laksanakan bekerja dari rumah.” Katanya.

1.5 juta pekerja berdepan masalah

Tambahnya lagi, seramai 1.5 juta pekerja di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta berdepan masalah terbabit.

“Kita akan terus berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimana nak bantu ibu bapa yang kedua-duanya bekerja dan perlu tinggalkan anak di pusat jagaan” Jelasnya ketika diminta mengulas rayuan ibu bapa bekerja apabila meminta taska dibuka semula dalam tempoh PKPB ini.

Bagaimanapun, segala keputusan mengenai masalah ini perlu mendapat persetujuan daripada pihak KKM terutamanya apabila golongan kanak-kanak dan warga emas adalah golongan paling berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] “Tu Mata Kail Ke?” – Netizen Persoal Bunga Isme Tindik Hidung Dalam Universiti?

Ada netizen tanya boleh sangkut kunci ke kat subang hidung Bunga tu 😭😭

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Tue, 24 Aug 2021
Featured Tue, 12 Dec 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zackwan Daki Puncak Carta Trending YouTube… Netizen Meremang Dengar Susunan Orkestra!

Mengusung Rindu versi orkestra mengembalikan memori lama nyanyian penyanyi-penyanyi muda yang hebat.

error: Content is protected !!