Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 6, 2020 @ 4:06pm

Kongsi Foto Ala Pre Wedding, Harris Alif Bakal Berkahwin Dengan Intan Ladyana?

Penyanyi dan pelakon, Harris Alif, 21, berkongsi foto berkonsepkan pra-perkahwinan menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Mengenakan busana sedondon rona merah jambu, Harris dilihat memegang sebentuk cincin.

“Semoga cinta kita mekar selamanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketika dihubungi Xtra, Harris yang kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana, 38, enggan mengulas lanjut mengenai foto terbabit.

“Saya mohon maaf, buat masa ini, saya tak mahu memberikan komen lanjut mengenainya,” jawabnya ringkas.

Namun begitu, ketika ditanya mengenai kesediaan menggalas tanggungjawab sekiranya bakal bergelar suami pada usia muda, Harris tidak merasakan ia sebagai satu faktor penghalang.

“Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.

“Tak semestinya umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri,” katanya lagi.

Bercakap soal jodoh, Harris lebih selesa menyerahkan perkara terbabit kepada-Nya dan melihat ia sebagai satu ketentuan.

“Bab sebegini saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah adalah, saya terima sahaja, kita doakan sahaja perkara baik-baik.

“Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Jan 2025

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung Zahnita mengaku bapanya tidak pernah menyentuh ibunya dan adik-beradik yang lain.

Featured Sat, 18 Sep 2021
Trending Wed, 18 Apr 2018

Satu Maut, Enjin pesawat Southwest Airlines Meletup

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah.

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Trending Thu, 5 Nov 2020
error: Content is protected !!