Trending By: Padin December 17, 2020 @ 7:56pm

Penceramah Bebas Ditahan Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

Seorang ustaz yang turut bergelar penceramah bebas dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki yang baru dua hari dikenalinya ditahan semalam.

Penceramah itu dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki yang baru dua hari dikenalinya, dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.

Menurut laporan BH Online, suspek berusia 32 tahun ditahan pada jam 3 petang di pondok tempatnya mengajar.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, mangsa berusia 30 tahun dikatakan keluar dengan suspek menaiki kereta dipandu suspek, malam kelmarin.

“Lebih kurang 1.15 pagi semalam, suspek menghantar mangsa ke sebuah bilik hotel dan ketika berada di hotel berkenaan, suspek didakwa mencabul mangsa dengan mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa.

“Menurut mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluannya ke peha mangsa. Susulan kejadian itu, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Shafien, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang belum berkahwin baru mengenali suspek dua hari sebelum kejadian, ketika berada di sebuah pasar raya di sini.

“Menurut mangsa, sebelum kejadian suspek menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama sebelum berlakunya kejadian itu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Sep 2020

Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Peringkat pertama bermula 4 Oktober ini!

Featured Tue, 22 Nov 2022

Tak Sabar Menunggu, DSV Buntu Siapa Perdana Menteri Baharu – “Lama-Lama Dah Keras Macam…”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tular di media sosial kerana berang akan Pilihan Raya Umum 15 yang baru sahaja tamat pada 19 November 2022 yang lalu. Vida sudah tidak dapat menahan sabar menunggu siapa bakal […]

Featured Thu, 8 Jun 2023

Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Hati isteri mana tak kecewa bila suami dia kerap difitnah kan… hmm semoga baik baik saja buat pasangan ini ❤️

Trending Mon, 17 May 2021

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Semoga negara kita sentiasa dilindungi

Featured Wed, 14 Jul 2021

Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung […]

Featured Tue, 13 Dec 2022
Trending Fri, 10 Jul 2020