Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 4, 2018 @ 7:05am

Isu Ditampar, Ogy Nak Jumpa Aiman Tino!

Nampaknya isu penyanyi Aiman Tino yang kali pertama masuk set menjadi bualan hangat baru-baru ini. Penyanyi kegilaan remaja ini dikatakan ditampar oleh aktres senior, Fazlina Ahmad Daud!

Amboi, marah betul nampaknya para peminat Aiman Tino selepas penyanyi kesayangan mereka ditampar. Difahamkan perkara ini terjadi ketika pelakon senior itu mahu Aiman menjiwai watak dengan lebih sempurna. Bukan suka-suka dik…

Ini merupakan kali pertama Aiman Tino mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Isu ini telah disensasikan sekaligus menyebabkan pelakon Fauziah Ahmad Daud yang merupakan kakak kepada Fazlina marah! Siapa yang tak marah kan kalau nama adik sendiri disensasikan?

“Saya hantar mesej kepada Baby (Fazlina) dan bertanya apa sebenarnya berlaku dan bertanya kepada dia sejak bila pula dia jadi guru lakonan?

“Apabila dia menjelaskan situasi sebenar saya jadi marah dan ingin berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Ogy kurang senang apabila adiknya dikaitkan depan perkara ini dan ingin mengetahui cerita sebenar lebih lanjut.

“ Saya nak tahu cerita sebenar daripada pihak mereka tapi Baby melarang saya dan ingin selesaikan sendiri perkara itu,” katanya.

Nama Fazlina menjadi hangat apabila peminat Aiman berang dengan tindakannya menampar penyanyi lagu Ku Rela Di Benci itu sehingga pihak pengurusannya juga tidak berpuas hati dan mahu mengambil tindakan.

Fazlina memaklumkan apa dilakukan hanya bertujuan bagi memastikan Aiman dapat melakonkan watak dengan lebih baik dan ketika babak itu dilakukan dia menggunakan teknik bagi membolehkan penyanyi itu mengeluarkan emosi sepatutnya.

Aiman turut menjelaskan dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai isu selain tidak berniat mengambil sebarang tindakan seperti didakwa malah berterima kasih kepada Fazlina yang banyak membantunya di set penggambaran.

Dalam pada itu, Ogy berkata, dia berasa sensitif mengenai isu melibatkan adiknya itu kerana ia turut mengaitkan nama ibu bapa mereka iaitu pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah.

Jelas Ogy, sepanjang penglibatannya dalam industri seni dia sentiasa memastikan menjaga nama baik mereka.

” Saya sentiasa pastikan adik beradik menjaga nama baik keluarga. Ketika saya bertanya kepada Baby mengenai perkara ini saya beritahu dia jangan malukan arwah ibu bapa kami. Saya memang menjaga mengenai perkara itu.

“Saya kenal adik saya dan apa yang berlaku bukan seperti yang digembar-gemburkan malah saya bertanya sendiri kepada pengarah dan penerbitnya, Erma Fatima yang berada di lokasi tentang situasi sebenar.

“Erma sendiri mengesahkan kepada saya tiada apa-apa yang berlaku di set malah hubungan Aiman dan Baby okay sahaja cuma isu itu diperbesar-besarkan,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

Isu Adegan Cium Elizabeth Tan, Jay Iswazir Tampil Buka Mulut

Dah lama berdiam, akhirnya Jay buka mulut

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

Hiburan Mon, 18 May 2026

Penangan Hafidz Roshdi? ‘Cinta Kedua’ Meledak Dengan Lonjakan Penstriman Lebih 40%, Saksikan Di Tonton Sekarang!

Cinta Kedua yang bersiaran di Tonton terus mencetus fenomena apabila mencatat peningkatan lebih 40 peratus dari segi jumlah penstriman.

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Bapa Tomok Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Allahyarham Ismail Bin Salam…

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Wanita Tipu Isteri Itu Bukan Skandal Saya’- Fauzi Nawawi

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ramai yang menganggap perkongsian yang dibuat oleh isteri kerana skandal saya dan sebagainya gara-gara kontroversi sebelum ini.

Kisah Viral Tue, 26 Mar 2024
Featured Fri, 10 Apr 2026

ZRA Peruntuk RM40,000 Duit Simpanan Demi Sertai Sumud 2.0 – “Mahal Atau Murah Ia Bukan Ukuran”

Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengakui sanggup memperuntukkan sehingga RM40,000 daripada simpanan peribadinya bagi menyertai misi Sumud 2.0 demi perjuangan membela Gaza.

error: Content is protected !!