Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 5, 2018 @ 4:56am

Ogy Ahmad Daud Kini Mangsa Serangan Netizen?

Selepas isu mengenai penyanyi popular dengan lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino ditampar oleh pelakon senior yang juga merupakan adik kepada pelakon Fauziah Ahmad Daud, kini netizen mula melemparkan kata-kata pedas terhadap kak Ogy apabila dilabel sebagai terlampau overprotective.

Ogy Ahmad Daud dikatakan tidak berpuas hati kerana nama adiknya itu terpalit dengan kontroversi picisan dan disebabkan hal tersebut Ogy Ahmad Daud mengambil keputusan untuk bersemuka dengan pihak pengurusan Aiman Tino yang didakwa tidak berpuas hati dengan adiknya itu.

“Saya hantar mesej kepada baby (Fazlina) dan bertanya apa sebenarnya berlaku dan bertanya kepada dia sejak bila pula dia jadi guru lakonan? Apabila dia menjelaskan situasi sebenar saya jadi marah dan ingin berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu. Saya tidak suka adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan ingin tahu cerita sebenar daripda pihak mereka tetapi baby melarang saya dan ingin menyelesaikan sendiri perkara itu.” Katanya

Tambah Ogy lagi, dia begitu sensitif terhadap isu ini kerana ianya turut mengaitkan nama ibu bapa mereka iaitu pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah.

Sebelum ini, Fazlina telah menegaskan, apa yang dilakukan itu hanya untuk memastikan Aiman dapat memberikan yang terbaik dan ketika babak itu dilakukan dia menggunakan teknik bagi membolehkan penyanyi itu mengeluarkan emosi yang sepatutnya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

#daiTV3 : Mengungkap Isu Terkini Dalam Dai’ Pendakwah Nusantara Malam Ini!

Barisan #daiTV3 pada malam ini akan diberikan tugasan menyampaikan dakwah mengenai isu terkini yang melanda negara termasuklah, depresi dan banyak lagi topik-topik menarik yang semestinya hangat untuk dibincangkan

Hiburan Wed, 25 May 2022
Featured Sat, 20 Dec 2025

Zahiril Adzim Tak Kejar Populariti, Akui Drama Buat Orang ‘Ingat’ – “Saya Buat Cara Saya Untuk Setiap Watak”

Zahiril menegaskan pemilihan drama bukan bermakna mengorbankan kualiti, sebaliknya disesuaikan dengan cita rasa penonton masa kini.

Events Fri, 3 Oct 2025

“Dalam Keadaan Sekarang Pun Masih Mencari Salah, Bukan Calang Orang Mampu Terlibat Dalam Misi Kemanusiaan” – Betty Rahmad

Kata Betty, ini bukan masanya untuk mana-mana pihak bertelagah khasnya dalam isu misi kemanusiaan.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Wany Hasrita Nasihat Jangan Sibuk Perihal Dalam Kain Orang – “Fokus Perbaiki Diri, Saya Pun Tengah Cuba Ni”

Wany Hasrita minta netizen fokus jaga diri sendiri, jangan sibuk isu rumah tangga selebriti

Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Isu jenazah bayi dibekukan 16 hari, Hospital Bersalin Razif dakwa wanita lahir anak luar nikah

Hiburan Thu, 2 May 2019

Drake Cecah Rekod Taylor Swift!

Drake mengungguli trofi Penyanyi Paling Top pada Billboard Music Awards (BBMA) 2019 di Grand Garden Arena di sini.

Featured Mon, 10 Apr 2023
error: Content is protected !!